Sep 30, 2011

letih!

assalamualaikum

hari ni ada presentation elektrical & instrumentation
misunderstanding cikit kat citu
sampai dapat zero mark.
pujuk punya pujuk.stil tak dapat.ok fine!
terima kenyataan
letih!

p/s : jap lagi dah nak balik....suke

sudah sudah lah

                                                                         assalamualaikum


 pada dia
selamat menempuh alam baru

pesan pada diri juga
sudah sudah la kau
kuatkan hati kau untuk terima semuanya
 pedulik arghhhhhhh!


aku kat sini,chill je
aku kat sini juga,senyum senyum macam yang kau kenal dulu
tapi hati ingat segalanya
maka pada Tuhan,
aku pasrah semuanya
kerana Tuhan itu adil.




kau bikin itu ini
kau bikin hati yang satu ini terasa peritnya
hati tetap cuba untuk tidak membenci kau seadanya




p/s : esok balik rumah,yeayyyy!
        nanti nak story pergi pancing tempoh hari.......hoorayyyyyy

Sep 24, 2011

e.n.t.a.h

                                                                                                                                           assalamualaikum                                                                                                                                                                         
hari ni pagi yang tak berapa nak best.biasanya hujung minggu kerja aku memang tidur pagi pagi.haaa kantoi suka tidur.kui kui kui.tapi tak hari ni.

cuba pejam mata tapi tak boleh.fikiran entah ke mana melayang.

entah.teringat cerita lama mungkin.cerita yang menyakitkan.Tuhan.tolong aku lupakan semua itu.

sekarang tengah layan cerita.cerita yang lawak tapi tak berapa nak lawak.tengok je asalkan aku dah tak fikir semua lagi.

kejap lagi tak tahu pukul berapa mahu keluar beli barang untuk pergi pancing besok.

lepas tu siapkan assignment mana yang patut. esok pagi pagi pergi pancing.

sekian

Tuhan
berikan aku ketenangan hati
berikan aku kelapangan hati
permudahkanlah segala urusan kehidupan ku

Sep 20, 2011

Allah Maha Mengetahui segalanya

Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa dirimu telah mencuba. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaian. Bila tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH ADALAH JAWAPANNYA..

Sep 15, 2011

spontaneous Thursday # 5

'Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian'...

biarkan aku

kau sudah besar panjang
kau sudah tahu makan sendiri
kau sudah tahu itu ini
kau sudah tahu semuanya
kau boleh pikir mana baik mana buruk
yang kau sayang itu ada
kau pergilah padanya
kerana dia itu milik kau
hati aku bukan untuk kau
jangan kau main hati ini lagi
aku juga ada hati dan rasa
biarkan aku jalani hidup aku

Sep 13, 2011

retak hati

Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

beribu sesalanku...

Sep 10, 2011

kau ilhamku

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

~layan lagu ni sekarang...kui kui kui

bermulanya tanggungjawab

assalamualaikum..

lagi berapa jam aku nak kena balik tempat asal aku.opss... bukan asal.tapi tempat dimana aku tuntut ilmu.semua barang dah packing siap siap.dua hari lagi aku akan bergelar pelajar tahun tiga kejuruteraan kimia.maknanya ada lagi setahun untuk aku tamatkan semua ni...oyeaa sangat tak sabar!dan ini juga bermakna tanggungjawab aku makin besar.semoga Allah permudahkan segalanya.semoga Allah permudahkan aku dalam pembelajaran dan memberikan kejayaan yang pasti akan buat keluarga gembira.Amin..

Sep 8, 2011

spontaneous Thursday # 4

disebalik kesulitan itu ada kemudahan,esok akan  merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati

Sep 7, 2011

aku dan sahabat

assalamualaikum..

semalam aku menangis.hari ini aku gembira.hari ni cukup bermakna buat aku.satu hari kami di sini.makan minum semua di sini.itu aku tak kisah kerana aku rindu dia sahabat aku.satu hari tak cukup untuk aku dan sahabat.lama kami tak bersua.hanya bicara peneman rindu antara dua sahabat aku dan dia.hari ini macam macam kami luahkan.macam macam kami bicarakan.dia sahabat aku sejak hingusan.aku bertuah punya sahabat seperti dia.bila mana aku susah,dia sentiasa ada.sekurangnya aku rasa lega kerana dia ada sebagai teman bicara.

semoga persahabatan antara aku dan sahabat akan kekal sampai bila bila.

'aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku,yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati,ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang,semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka,jika aku dapat,aku ingin setia padanya'....(Iman Syafie)


semalam

                                                                                                                                           assalamualaikum

semalam aku luah segalanya pada kau.kau buat aku menangis untuk yang ke sekian kalinya.ya aku perempuan yang hati nya keras,yang punya ego tapi aku juga manusia biasa yang punya hati dan rasa.semua yang terbuku aku luahkan.segala persoalan telah terjawab.betapa perit untuk aku terima semua itu.kau tak rasa apa yang aku rasa.kata maaf yang kau tuturkan tak semudah yang aku rasa.rasa aku kecewa yang perit.kecewa satu masa dulu tak seperit kecewa hari ini.kau patut tahu itu mula mula dulu sebelum kau terus mainkan aku.bodohnya aku kerana percayakan kau.kau layan aku baik.kau juga bagi aku segalanya.itu semua hanya sia sia.

ya Tuhan
mengapa aku dikenalkan dengannya
pasti semua ini tersirat satu hikmah
hikmah yang cukup indah
tanpaku sedar

ya Tuhan
kuatkan lah hati aku untuk tempuhi ini semua
kerana aku hanya insan lemah

ya Tuhan 
bukakanlah pintu hati ini
untuk aku memaafkan salah silapnya
kerana aku tak layak untuk menghukumnya
apatah lagi untuk tidak memaafkan
sedangkan Engkau Maha Pengampun
segalanya aku serahkan padaMu ya Tuhan

ingin aku lupa kau.tapi itu mustahil.ingin aku maaf kan segala salah silap kau tapi hati ini belum bersedia.hati kecil ini belum terbuka.hanya pada Allah aku memohon.rasa perit bila ingat semua yang lalu.

aku mula belajar hidup
dengan semua rasa
aku terus melangkah untuk hidup
tak guna untuk terus kecewa di situ
kerana waktu itu masih panjang
kerana perjalanan hidup itu masih jauh
dan aku cuba
belajar untuk menerima dan memaafkan



Sep 4, 2011

bank,sentap

                                                                                                                                      assalamualaikum...
 
hari ni sepetang aku di bank mencocoh duet.kui kui kui...almaklumla lepas raya ni orang dekat bank memang penuh la dengan mak bapak nak simpan duet raye anak masing masing.terpaksa aku ikut sama sebab nak pakai duet ok.kalau tak,tak ade makna la aku tercegat kat dalam bank berebut tempat duduk dengan mak cik pak cik kat citu.oh sungguh tak berbahasa aku.hahaha.dah memang lenguh dan malas nak tunggu,sanggup aku kutip nombor yang sorang makcik tu dah buang dalam tong sampah disebabkan mak cik tu dah dapat number lain,ok aku sangat tak malu nak kutip kutip segala ni.asalkan aku dah tak payah nak tunggu tunggu lagi benda alah tu nak panggil panggil.

sentap sebab lepas tu aku tiba tiba dapat text kau tanya aku kat mana.kau nak jumpa aku kan dan aku pun tahu sebabnya.tak pasti rasa aku nanti bila dapat kad dari kau.sungguh aku cuba untuk lupa kau.kalau Tuhan izinkan jumpa la nanti.ada benda nak cakap dan nak tanya kau.mampu ke aku katakan itu ini bila dah jumpa kau nanti.aku sendiri tak pasti.

sekian.

suram duram,selamat hari raya

assalamualaikum

hari ni hari raya yang ke enam jadi belum terlambat untuk aku ucap sslam lebaran :) selamat aidilfitri.kepada saudara serta saudari.setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini.di masa bulan remdan.kita berpuasa hingga sebulan.pabila syawal menjelma hari raya disambut dengan gembira.*mood nyanyi ok walo hari ni dah rye ke enam.tapi tak berapa nak riang ria tahun ni.tahun ni rasa raya macam tak berapa nak meriah,rasa suram duram kuram ok.ok ni gara gara otak berserabut.macam biasa raya aku cuma pergi rumah sedara mara ziarah ziarah saling bermaafan.raya tahun ni masih dapat duet raya.ini yang suka ni.macam malu nak ambik bila orang kasi sebab sedar diri umur dah makin meningkat.kui kui kui.tapi dah orang yang bagi tu kata jangan malu malu asal belum kerja mesti dapat duet raya.ecececei.

sedih sebab tak dapat jumpa sahabat,dah bertahun jugakla tak jumpa tapi selalu je contact.nanti ada rezeki kita jumpa ok.rindu la sahabat.

minggu depan dah nak kena balik u.tak suka tak suka tak suka.tapi kena suka jugak.

akhir kata selamat hari raya untuk semua yang kenali aku.maaf atas segala salah silap.