Oct 31, 2011

semalam dan bola

semalam
gua tersemangat lebih tengok bola dekat tb. makan makan. sorak sorak. bikin suspens. sama itu kakak dan adik gua. juga buat pertama kalinya gua layan bola. kuikuikui. gua punya semangat pukul 8 dah pun terpacak depan tb.sambil buka buku chemical reaction engineering. niatnya mau study. konon. tapi tak jadi. gua lebih suka sorak situ sorak sini.sepupu gua punya semangat ciap pegi shah alam. tapi no wonder la itu lelaki. game semalam cantek.gua suka.tapi last last macam hampeh. tapi tak pe. adat bertanding. ada kalah ada menang. kan kan. bikin hati gua sedap. apa apa pun gua tetap bangga dengan negeri gua.
walaupun kalah, tapi yang jaringkan gol itu, orang negeri gua. jadinya Terengganu tetap nelang di mana mereka berada.mantap.terbaik.
p/s : gua tak suka minggu ni. full dengan test berderet deret. perlu diberi perhatian satu persatu. lepas tu gua happy sebab cuti bertandang lagi untuk seminggu :)
 
gud night ^--------------^

Oct 27, 2011

grrrrrrrrrrr......

assalamualaikum

sekarang hati senang tengah bercanda kat rumah.hati riang sebab boleh balik rumah.suka.lame kirenye bila dapat cuti seminggu. 

empat test lagi setia menunggu after naik cuti nanti.masa tu memang kerja bertapa je dekat meja.*ok bajet macam study.
lepas tu cuti lagi seminggu.

kita buat assignmnet tapi bila buka buku nak study mata kita buat hal.mata asyik nak pejam.mulut asyik nak menguap.benci.

sekarang selamba ja online lama lama tengok baju cantik cantik.sememangnya gila!gila bila tengok baju kena dengan jiwa.sekarang kita rasa nak pakai baju yang labuh labuh.nak jadi baik.eh yeke.jangan main tau.kita memang ada azam la..
kuikuikui


ok bui..

Oct 19, 2011

mukabuku, dia dan hati

assalamualaikum

semalam

 facebuk.study.maggi.online.study lagi.ok online lagi.klik klik google.cari lagu best.double klik lagi.download lagu best.sambung study lagi sambil layan lagu best.kfc dan makan lagi.borak borak.study lagi dan lagi sampai mata mula bagi signal.done!beronline lagi dengan mukabuku sekali lagi.dan.........................

.
.
.

...............................................................................

.

    .    


dan akhirnya hati oh hati terpandang satu profile picture

tapi hati tetap kuat.jangan biar hati termenangis lagi hanya kerana dia.jangan biar pipi ini terasa basahnya hanya kerana dia.jangan dan jangan.

tapi kenapa dia dalam gambar nampak lain dari aku kenal satu masa dulu.tak nampak gembiranya.dan tak ada senyumnya langsung.hari bahagia mesti hati turut bahagia kan kan.gambar boleh bercerita segalanya kan.ishhhh aku bukan sape sape nak judge orang.tak perlulah nak tahu segala.itu hal dia.bukan hal aku.tak perlu untuk ber itu ini.dan berconclusion itu ini bermain dengan hati sendiri.tak perlu,tak perlu dan tak perlu! ok bui

p/s : come on la hati,jangan pandang belakang lagi.move on.lupakan semua

chil  :)

Oct 16, 2011

segala macam

assalamualaikum

sekarang sangat penat,penat dengan segala macam benda,segala macam assignment,segala macam project,segala macam perkiraan,segala macam pembacaan journal yang sememangnya panjang berjela jela,nak kena extrak itu extrak ini,segala macam benda yang kena hantar sebelum bercuti panjang untuk tempoh seminggu.hoooraaayyy untuk ini tapi dah cukup mengeluh panjang dengan segala macam itu.

sem kali ini,integrated projek aku dan group adalah 50000 Mtons/yr production cumene through benzene alkylation by prorpylene.sebelum ni memang langsung tak tahu pasal benda alah yang namanya cukup comel bagi aku.sampai gigih cari itu cari ini,baca itu baca ini sampai lebam mata.*ok ini tak tipu.kalau dulu punya sem bertapa di library dari pagi sampai malam.lepas tu cari lagi tempat dan bertapa kat citu sampai perfect.kali ni punya sem tak tahu macam mana.

itu projek satu.projek dua production of biodiesel from milk bush.ini bukan projek sangat tapi lebih pada research ke arah psm.kena buat proposal tentang itu.siap interview bagai.baca journal itu journal ini.semata mata nak dapat details maklumat.tapi takpe sebab hati macam tertarik pada research ini dan process macam mana biodisel terhasil.sebenarnya biodiesel boleh terhasil dari banyak sumber biomass.dan aku lebih tertarik untuk tahu details tentang penghasilan biodiesel from waste cooking oil.sebab minyak masak boleh dapat mana mana.lebih jimat.sem depan psm.itu satu yang menggerunkan.bersiap sedia untuk rebut title untuk
research agar title yang dapat kena dengan hati.cakap senang.nak buatnya??ok tau tau sendiri.

 p/s : oh dem,gua kena berdepan dengan presentation yang cukup sycho isnin pagi nanti.dan tak sabar nak bercuti minggu depan.yeaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyy thumbs up untuk itu :) 

dan tak sabar nak jumpa anak buah yang super duper comel.

ok mau sambung search lagi  :(

Oct 14, 2011

semuanya tentang itu dan ini

assalamualaikum

aku dah mula baca buku yang beli tempoh hari.banyak yang ajar aku supaya sabar bila hadapi ujian hidup.tak perlu untuk ingat masa lalu.tak perlu untuk mencari kesedihan kerana semua itu hanyalah sia sia.dan satu benda yang aku pegang.Allah sentiasa bersama kita,berdoalah padaNya memohon diringankan segala kesusahan dan kesedihan.dan satu yang aku belajar.Allah tak pernah ambil sesuatu dari kita tetapi Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.kita sebagai hambaNya perlu bersyukur atas itu.

dan aku manusia yang suka merungut bila susah itu susah ini.dan itu aku mula belajar untuk jadi kuat. semoga Dia permudahkan segalanya...

dan ini yang aku belajar dari pembacaan itu,semoga itu dapat mendorong hidup aku

1. 'masa lalu yang sudah berlalu dan selesai,tenggelam lah dia seperti tenggelamnya matahari. Aku tidak akan menangisi kepergiannya dan dia tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatinya.Dia sudah meninggalkan aku,maka dia pergi jangan kembali lagi'

2. hari ini 'kepunyaan saya' merupakan ungkapan yang paling indah dalam 'kamus kebahagiaan', kamus bagi mereka yang ingin menikmati hidup paling indah dan menyeronokkan.

3. jangan kita cuba untuk menjadi seperti seseorang yang lain kerana ketahuilah bahawa diri kita merupakan sesuatu yang lain.unik.tidak ada seorang pun yang menyerupai kita dalam catatan sejarah hidup ini, dan tidak akan ada seorang pun yang akan menyerupai kita sampai bila bila pun.

4. sesuatu yang terjadi pada diri kita untuk sesuatu kesusahan atau kesenangan itu telah pun tercatat mengikut qada dan qadar.dan kita perlu ingat bahawa selepas lapar ada kenyangnya,selepas puas ada kepuasannya,selepas berjaga malam adanya tidur yang lena dan selepas kesakitan itu ada kesembuhannya.Tiap yang hilang itu pasti ditemui,dalam kesesatan adanya petunjuk,dalam kesusahan ada kemudahan dan selepas kegelapan akan munculnya sinar terang.

5. sebesar mana pun masalah yang kita hadapi,tetaplah bersabar.kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama kesabaran,jalan keluar datang bersama kesusahan.dan dalam tiap kesusahan itu pasti datang kemudahan.

esok presentation lagi!penat!tak baik merungut.hmmmm

:)


Oct 11, 2011

jumpa satu yang istimewa

assalamualaikum

sejak dua menjak ni aku sepertinya lain.entah apa yang aku rasa.banyak benda yang jadi.luarannya nampak senyum seikhlas hati.tapi dalamnya Tuhan yang tahu.kadang aku penat berlakon menjadi kuat.dan aku selalu terfikir.bahagianya orang kat luar sana.adakah hatinya juga bahagia seperti itu.

terus pada pointla sebenarnya tadi after kelas,aku tertarik untuk jejakkan kaki kat booth yang jual macam macam buku,dan aku tertarik pada banyak buku yang lebih pada keTuhanan.tak tahu nak pilih mana satu.

dan kawan aku yang satu aku kenal dari mula mula duduk sini,Fatin kenalkan aku dengan La Tahzan jangan bersedih.buku ni famous tapi aku je yang tak tahu.juga berunsurkan keTuhanan.

tapi sayangnya tadi duit belum draw lagi.jadinya aku copkan pada pemilik booth sebab satu itu yang tinggal.ok tak sabar mahu ketemu sama itu buku esoknya dan boleh baca sampai hati tak bersedih lagi :)

bersedih atas apa yang jadi sebenarnya hanyalah buang masa kerana ini semua pasti ada hikmahnya walau seperit mana pun ia kerana Allah telah pun tetapkan yang terbaik untuk hambaNya  :)

Oct 10, 2011

rasa hati # 2

hati tiba tiba sebak
bila mengingatkan cerita lalu
terasa beratnya ujian ini
tapi hati yakin
Dia telah tentukan yang terbaik untuk hambaNya ini

hati sayu
bila mengingatkan dosa dosa lalu

Tuhan
berikan aku petunjuk
pimpin aku ke jalan Mu
ke jalan yang Engkau redhai

Amin..

Oct 9, 2011

penghambaanku belum sempurna..

Dibanyak malam aku berdo'a
Karna diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Dibanyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mataku mengurai
Tak akan mampu dosa terlerai

Ya Allah hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukan cahaya
Ya Allah Engkau satu yang mampu
PertolonganMu selamatkan aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu

Dibanyak hari aku mencoba
Sebut nama untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang slalu berakhir penyesalan

Memang Penghambaanku belumlah sempurna
Sgala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu, kembali aku

Tuhan
pimpimlah aku ke jalanmu ya Tuhan....
ke jalan yang benar
yang Kau redhai.....

Oct 7, 2011

gerun

assalamualaikum

haiwan pelik mati di langkawi.gerun tengok.adakah ini tandanya.......



ini cerita dari gempak.Org

Oct 5, 2011

hmmmmmmm

"never get jealous when u see ur ex with someone else because our parents taught us to give our toys to the less fortunate"

Oct 2, 2011

dalam kita melangkah...

'Dalam kita melangkah...terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat..peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri..mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan'..

Oct 1, 2011

ahad yang pancing!hooraayyy

assalamualaikum

ahad lepas pergi pancing satu kelas.mulanya tak pergi.tapi lepas lama fikir.aku join.best dan seronok.

walaupun rasa letih sebab kena jalan jauh bawak macam macam.

pengalaman best naik jambatan gantung.rasa takut.gayat.jakun cikit sebab sebelum ni tak pernah titi itu.kui kui kui.

pertama kali pergi cini.ok terpegun tengok waterfall kat citu.permandangan cantik.siyes cantik.


 









last semuanya sempoi.suka.

ok buibui


~ esok kena balik u.rasa malas.sebab berlambak lambak kerja menanti :(