Mar 29, 2012

saya kenyang





assalamualaikum


besok gua bakalan pulang ke tanah negeri tercinta. kasik terklasik cikit!
terhebat lagi terawesome lagi tersuka tergembira ter ter semuanya ter.
nak jumpa anak buah yang comel super duper cerdik
sebelum tu kena hadap satu paper lagi, dan sebab tu juga, aku up kan masa tiket lewat setengah jam, rugi lima rengget tahu!
tapi terbahagianya gua pulang ke negeri terhebat itu hanya sekejap,
sebab gua bakalan sibukkan diri dengan bermacam agenda.

bukan agenda jalan kesana kemari
agenda wajib siapkan proposal untuk projek psm,
naik cuti midsem terus submit. ini dah second draft, tadi dah pun submit untuk dicheck lagik sekali.
ohh first draft ya ampun lintang pukangnya tahap max,
banyak salah plus dengan ayat yang dah tukar tapi maksudnya tak difahami orang lain. oh dem aku memang fail dalam bab tukar menukar ayat segala nih!


kekusutan terlerai semuanya, syukur,
takpa nama pun belajar kan
kena banyak berjournal lagi,


pergi lab survey pasal equipment.


hal di lab. perempuan memang payah kan. suka marah marah tak tentu pasal. suka tenkeng tenkeng tak tentu pasal. dah tanya penuh sopan santun, penuh suara lembut selembutnya, sebaik baiknya. respect umur yang jauh beza. tapi hampa jawapan yang diberi dengan nada yang memang aku tak suka. oklah muka biar kasik senyum cikit kan. aku pun perempuan tapi aku memang tak suka bila satu satu pertanyaan orang  jawab macam tak nak jawab. hati mana yang suka kan.


naik cuti nanti juga terus test paper untuk subjek yang mamang tak faham tahap kritikal.
peristiwa lama berulang kembali. oh kita laplace laplace, pastu kita inverse balik. delay time juga. skogested juga. what what!
balik nanti penuh buku wa bawak balik. buka ke tak tak pasti lagi. :)
tak buka nahas menempah maut namanya,
test mahu jawab apa.

cuti juga plan mahu jalan kerumah bestfrend forever kita. tapi macam tak sempat. rindu kat ayu dengan zu, nanti hangout sama lagi. suka.


mierah! something special untuk awak saya tak post pun lagi, tak sempat banyak kerja. jadi datin emang selalu sibuk, kan kan kan. bukan datin, student. ^-^
tak perlu bersaya awak bagai kan. realitinya bukan seperti itu pun.
hahahaha


ohh satu lagi, dua tiga hari lepas, dapat call juga mesej dari sapa sapa lah.
terkejut macam nak gugur jantung. ok tak tipu.
hati berdebar tahap to the max. selepas sekian lama.
apa rasa bila dapat mesej walau hanya satu pertanyaan simple sesimplenya. tak rasa pun suka. mengganggu ketenteraman je. 
entah hati tak boleh dijangka. kenapa tiba tiba. tersentap semenet dua!
hahaha



let bygone be bygone.
past is whatever, present is let do something better,
Future will be more better,
InsyaAllah dengan izinNya
................






saya kenyang tak kena mengena pun
okeh baru nak makan. xoxo


assalamualaikum






Mar 20, 2012

random #2



assalamualaikum


susah hati lah. rasa hati macam susah je. hati resah gelisah lah. hati berkecamuk camuk camuk.
hahaha.
serius lah. ok be serious. no hahaha.


tadi baru je hantar draft proposal untuk dicheck.
macam banyak salah. hati tak menentu bila kerja makin hari makin bertambah minta dibelai satu satu. email menggedik buat hal, tak boleh terima or send apa apa.

tapi konklusinya buat yang baru lah. akak dah tolong buat satu. terima kasih akak. gua bahagia sebab punya email baru. bersyukur satu selesai.
gua janji mau belanja makan nanti balik cuti sebab buatkan email lain untuk gua. gua banyak kerja gua tak sempat nak buat sendiri. macam hampeh je kan konon banyak kerja.


tapi kan gua macam tak ingat je janji tu, duet pun mana nak korek ada hati nak belanja orang kan.
dan esok kena pergi check form untuk order chemical di lab. ditambah dengan test berlambak. aishhhh


wahai diri
jangan merungut boleh!


semoga semuanya dipermudah olehNya.



assalamualaikum

Mar 19, 2012

itu ini dan begitu begini..



assalamualaikum


hari yang panjang.... hari penuh segala macam macam.
tadi juga kuiz, ohh gua tengok nota. bukan satu benda yang baik realitinya. tapi aku buat jugak. dah memang aku tak ingat dan segala law dah bertukar bercampur aduk bergoreng dalam kuali.
sepertinya mau buat inti popia. kubis, carrot, tauge, campur campur goreng. eh sedap lah. ko tau popia. ahhh kalau tak tahu memang tak tahu nak cakap weh.
jauhnya ko merempek!

tadi juga puasa tapi boleh tak kita lupa kita puasa, sedapnya blueberry cheese tart...bukan lupa main main. aishhhh


tadi juga aku follow up balik LI yang aku dah hantar lama dulu.
ni satu tempat aku dah pun hantar lama since akhir tahun lepas. dah call tadi mulanya encek tu cakap, surat kamu tak ada kat sini.
aku pun ooohhhh tapi saya dah hantar lama, takkan tak sampai, alamat betul kan encek.
hati mula menyirap panas sebab yang aku tunggu lama rupanya surat tak ada pun dekat company.
mula nak salahkan pejabat pos dan tak lupa pada abang posmen.
ok takpe tunggu saya check balik sekali lagi. kalau ada saya call kamu semula.
dapat call surat tu ada baru jumpa, nampak sangat lah kan tempatnya dicorot corot kan. tapi belum send pada ibu pejabat di KL. lagi sekali macam nak marah. dah lama kot hantar. tapi sape lah kita kan nak marah company kan. kan kan. hahaha
then encek tu cakap nanti kamu call pejabat di KL, sebab saya akan send semua resume, surat surat kamu ke KL after ni. ok terima kaseh encek.


dan satu lagi kilang kelapa sawit, yang dah lama aku hantar. bila HR kat sana tanya. kamu ada dapat tempat lain tak. dan dengan jujurnya, dapat satu encek. oh kalau dah ada, kita akan ambik orang lain yang tak dapat lagi. dan aku, ohhhh takpelah encek terima kasih.
memang berharap nak tempat tu. tapi kerana jujurnya diri. langsung melepas.


dan tadi petang juga presentation lab. dah lepas lega. alhamdulillah.

petang tadi berbuka puasa dengan nasi goreng serta sosej.
nasi goreng yang lembek dan mahal tak padan dengan sedapnya. ahhhh lagi sedap nasi goreng yang aku buat sendiri walaupun hanya nasi goreng biasa yang dicampur semua jadahnya.
walaupun kakak aku cakap nasi apa nih! pelik semacam. tapi yang pelik itu lagi sedap lagi marvellous dari nasi goreng cafe! fullstop

seharusnya bersyukur dengan apa yang ada. kan :)


mulakan hari esok dengan secawan kopi  ^-^
semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan sebelumnya.
assalamualaikum.





random #1




inherent safety, safety and loss prevention, hazard, danger, risk, fatality rate, law regulation, guideline,
code and practices....
payah betul nak ingat, apakah kerana mendengar lagu ketika membaca itu adalah tidak masuk, faham tak faham tak, faham lah yer!
seharusnya lagu itu dijauhkan dari halwa telinga tapi sungguh aku tak bisa....

Mar 18, 2012

kita akan senang bila hati ikhlas kerana Allah


assalamualaikum





baru lepas tengok cerita kat atas ni. terbantut segala kerja. memang sedih jalan ceritanya. sedih tahap tak boleh nak cakap.
boleh dikata kisah tentang kasih sayang sebuah keluarga. buat aku menagis tanpa henti. memang betol cik ct cakap sedia tisu banyak banyak banyakkkkk giler!


sampaikawanakupuncakapkodemankematasembapgilerselsemakeweh!
kantoi tengok citer sampai menagis segala kan....^-^


dah dah sambung buat kerja

assalamualaikum

Mar 17, 2012

random



dis week was so busy, and the next and next next week will be the so busy busy busy.
minggu busy dah pun datang menonggek.tak jemput pun, tak malu datang tiba tiba menonggek dalam hari hari sebelum mula cuti midsem nanti. tak lama dah nak cuti...yeayyyyy like omj
ok boleh start countdown nak balik kampung, esok beli tiket. wuhuuuuuu
minggu depan start test one, empat paper sebelum balik,dushhhh!

nak marah sebenarnya, hati membuak buak.
phone aku tak lama lagi tinggal kerangka je kot. weh jangan! hari hari jatuh, patah tu patah ni, tercabut tu tercabut ni. lama lama rongok. tau rongok!
pc tak boleh nak detect phone.camne ni camne. dah puas den download software. tunggu bukan main lama tapi install tak jadi. macam harem je!
rasa nak lempang je, wth la!

Mar 11, 2012

esok isnin yang tak best, thanks 4 the awesome memory!


assalamualaikum


esok isnin! bencilah isnin. asal isnin je benci. asal benci je isnin. sebenarnya malas nak start kelas. bukan isnin je. hari lain lain pun malas....

uittttt...
malas malas tak boley yer.
kena jadi rajin.
tapi esok gua ada satu kelas je, satu kelas lagi cancel. yeayyyy! 


hari ni kita makan seteambok. hahaha...steamboat lah!
roomate baru kita yang masak. kita kongsi kongsi. rezeki hari ni. nak harap kita memang tak la kan. kita tak pandai masak. tolong tolong je. jujurnya. lebih baik jadi jujur dari pura pura kan. kan kan.
hahaha


minggu lepas punya aktiviti enjoy. tersangatlah enjoy. bergambar tanpa sedar itu semestinya. hahaha
dua hari tak fikir belajar. sangat menyeronokkan. tapi bila dah masuk kandang apa pun tak boley!

alhamdulilah selamat pergi selamat balik. dan duet pun selamat juga terbang tak balik balik. laju je macam air.




thanks for the awesome memory, geng bas sekolah yang hoorayyyyy.
3&4 mac....^-^