May 17, 2011

terimalah dia apa adanya

aku tertarik dengan note ni terbaca dekat facebook

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

istikharah cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta....

May 15, 2011

no title

assalamualaikum

semalam baru je sampai UMP untuk buat shortsem,

aku bukan main malas,tak da mood nak duk cini macam nak balik semula je negeri aku

masih dalam dilema,tak lena tidur nak buat ke tak,fikir punya fikir

sampai bangun hari ni pun masih lagi terfikir fikir nak buat ke tak

sampai terdetik di hati nak tengok slip exam aku sem lepas

then aku tengok la gred subjek yang aku nak buat tu rupenya tak boleh nak buat shortsem sebab di luar limit

tahula aku kena balik sebab memang tak boleh buat shortsem

letih je aku balik cini ni gara gara aku yang main suka je letak,tak tengok dulu..padanla ngan muka aku!

hahahaha


p/s : lain kali ko tengok dulu jangan main agak je cik kak oiii~

May 5, 2011

selamat hari lahir

kredit to someone : selamat hari lahir
                              semoga panjang umur dimurahkan rezeki
                            

May 2, 2011

sahabat

ya Allah

Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu antara aku dan sahabat
adalah penambah rasa
rajuk kami membuah ceria

ya Allah


Silaturahim kami Ukhuwwah fillah
Bermusuh kami Nau'zubillah
Berpisah mati kami insyaAllah
Pengubat hati doa Rabithah

ya Allah

Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di taman
Syurga
Ameen..


Kadang2 Tuhan sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat
Kita menangis dan tertanya2
Kemana hilangnya mentari
Rupanya Tuhan hendak memberikan kita
pelangi.......................
Kenangan itu kadangkala
Teramat pahit untuk diredah
Tetapi ia terlalu manis untuk dikenang..............
Walau apa pun aku harus terima ini semua satu dugaan yang pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi