Dec 27, 2013

random #35






alhamdulillah selepas usaha keras nak dapatkan kerja. akhirnya dapat. Ibiden Electronic Malaysia Sdn Bhd batu kawan penang. mula mula rasa tak yakin boleh bawak ke tanggungjawab as manufacturing supervisor. mohon petunjuk dari tuhan hati terdetik nak pergi yakin insyaallah boleh bawak. tapi semuanya tak seperti yang diiinginkan. beribu dugaan after decide untuk mahu. salah satu keluarga. aku perlu sokongan keluarga bukan kata kata yang lemahkan aku. akhirnya akur untuk tolak. hati sedih tak perlu nak bicara. dua hari nangis sampai migrain fikir. dan aku sebenarnya nak kerja. kebetulan dapat interview di tan hong motor assemblies sdb bhd di rawang. automotive company manufacture something like nissan almeera. aku mahu cuba mungkin ini pengganti rezeki aku tapi entah ke laut semuanya bila asyik kena push dengan kata kata yang buat aku rasa putus asa. keluarga macam ke arah continue study. akhirnya aku akur untuk belajar walaupun dah tawar hati sebenarnya. baru sekarang aku tahu susahnya hidup nak puaskan hati semua pihak.


thanks as and zila. because both of you give me a lot of smile. thanks allah.

Dec 24, 2013

random #34




tawar hati nak cari kerja lagi. tawar hati nak belajar. tawar hati. sabar.

Dec 22, 2013

random #33




waiting......





p/s : dah dapat kerja. Ibiden Electronic Malaysia Sdn Bhd. alhamdulillah. kalau jadi pergi akan cerita nanti.



Dec 15, 2013

random #31



approved....
master of chemical engineering with entrepreneurship


jodoh pasti bertemu



sampai sini. hati rasa jauh. maaf.
#jodoh pasti bertemu

random #30




bila baca semula bait bait ayat yang lama rasa kelakar gila. betapa tak matang tulis macam macam :)

random #29


assalamualaikum

nak cerita tentang interview lagi

22hb november lalu sepatutnya interview di Ibiden electronic (M) sdn bhd di penang tapi tak pergi sebab jauh. As text aku Ibiden ada buat walk in interview di Hotel Reinassance kuala lumpur 23hb november sabtu. tak fikir panjang balas mesej as tanya sungguh sungguh nak pergi then pergi. set.sebenarnya bukan nak pergi sangat tapi  nak jalan kot. hahaha. petang khamis tu beli tiket esoknya naik bas. hahaha. pergi tapa baca apa pun cuma buat nota sikit. tu pun sikit je. sebab mind set nak jalan. hahaha.


as dan aku


masa walk in tu antara yang dia tanya simple questions sebab akan ada second interview dekat company dia sendiri kalau lepas first.

tentang family. ayah kerja apa. mak kerja apa.
introduce self.
kenapa manufacturing sv bukan more pada chemical engineering or water treatment sebab aku training di water treatment plant.
transport. rumah.

interview ni sekejap je jadi orang first kot. baru nak duduk dah panggil tak prepare apa pun. bab kata as pergi untuk ambil pengalaman je. skiping tunggang langgang. interviewer gelak gelak je macam hampeh je cara aku jawab. malukan je. hahaha.

lepas tu pergi rumah classmate azmer buat makan makan majlis kesyukuran sempena dapat kerja di mustang kot. hahaha. time borak borak rasa kecik je diri. hahaha. malam tu kitorang jalan di ict. dila as ct yanti wan aku. ict tak best sangat pun. lampu lampu je. hahaha. nak bergambar pun bolehlah. isi perut makan di kfc ict. 


us

satu satu lelaki yang ikut haha


tengok as buat roti sardin super duper sedap. balik rumah kita try buat. tak jadi hampeh. roti serap minyak sebab kita tak nipiskan roti. letak sardin then gulung. bila goreng rasa berminyak je roti. sardin pun kosong je. fail. hahaha. cekodok pisang by dila dan nasi goreng as breakfast by as dila housemate. best. housemate diorang pun baik sangat. sabtu balik terengganu.

minggu lepas tu dapat email untuk buat master research di utm otec kl. utm otec ni aku baru tahu. Utm Ocean Thermal Energy Centre. diorang panggil briefing dan interview di utm otec kl 29hb november kalau tak silap. tengok iklan ni jobstreet apply masa lagi sehari nak tarikh tutup. hahaha. tapi tak pergi pun sebab baru balik. tak larat dah nak pergi.


minggu lagi satu lepas tu 4 disember pergi interview untuk position pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah gred DG41 under mara. cikgu mrsm la. aku pun tak ingat dah bila aku apply sebenarnya. dapat tahu pun 3 hari sebelum. interview ni ada empat cabang nya. essay dalam 1 jam. interview dengan panel dalam 25 minit. micro teaching dalam 10 minit. ujian physycometric dalam 1 jam setengdah. aku sesi pukul 11. di semenanjung dalam 3 ribu lebih orang dalam masa 7 hari. kau bayang kan dalam sehari tu berapa ratus orang. memang sampai sana baru tahu. pihak sana bagi taklimat sebelum start. rasa penat giler tunggu turn.

essay tu the best thing pasal diri yang akan buat mara ambik kita untuk join mara dan contribution to mara.
interview dengan panel mula mula introduce, dua soalan lagi buat aku rasa macam erkkkk tak ada idea langsung tapi hentam je. apa sifat luar biasa ada pada diri yang boleh buatkan anda jadi guru terbaik di mrsm. micro teaching boleh je ajar apa apa subtopic. memandangkan aku dapat science chemistry aku pilih untuk ajar subtopic the mole and the number of particle kimia tingkatan 4. siap pergi tanya sepupu lagi macam mana nak buat micro teaching siap alat bantu mengajar. laju giler cakap kat depan. sampai kan panel tanya you rasa letih tak you nak berlari ke. hahaha. ujian komputer pun susah giler bagi aku mungkin sebab aku tak ambik pendidikan jadi soalan yang macam berkait dengan cikgu jawab je. 

pergi interview ni dengan rubi ayah rubi. family rubi tersangat lah baik. serba salah giler dengan ayah rubi sebab tunggu sampai habis interview. kau bayang dari 8.30 pagi bertolak sampai 5.30 petang baru habis. 7.30 kot baru sampai rumah. ayah rubi baik giler sampai cuti kerja. terharu. tak terbalas kebaikannya. esok malam balik terengganu.

sampai terengganu pagi jumaat dapat call dari Ibiden untuk second interview di Penang. serba salah giler nak pergi ke tak. fikir punya fikir ni peluang dan kakak aku cuti sehari untuk teman pergi interview. minggu next pergi lah. malam naik bas. sampai pagi. check in hotel. petang pergi interview sampai sesat sesat cari company. sebab alamat lain tempatnya lain. nasib pak cik teksi tu baik. pusing pusing. malam tu naik bas balik terengganu. letih giler. 

Ibiden sangat sangat lah besar company nya. orang luar memang tak boleh masuk. kena tunggu luar. masuk masuk je wahhhhhhhhh. sampai di guard siap ada registration dan bagi macam name tag gitu ada nama kita tanda nak interview. tampal la di tudung sebelah kiri. hahaha. masuk dalam ada lagi registration kena ambik exam. beratus soalan dengan ayat english yang macam erkkkk berbelit belit ayat. makan masa nak jawab sebab banyak giler. soalan pasal diri leadership tapi kena fikir betul betul sebelum tick. tapi aku jujur giler jawab. hahaha. time jawab sebelah meja ada sepuak mamat jepun engineer kat situ kot dengar diorang dok cakap cakap jepun tapi tak faham pun. lepas dah siap jawab, kena tunggu lagi lama tunggu turn untuk interview. lepas tu aku siap bangun duduk jenguk sana sini bosan menunggu. yang ada sorang je lelaki tengah jawab exam lagi susah aku nampak sebab ada gambar need to explain. nampak ramai yang keluar sekejap sekejap dekat kawasan luar kilang untuk minum air, situ pun ramai mamat jepun macam macam nama yamamato, tamaki, apa lagi aku pun dah lupa. jumpa sorang akak nak interview jugak dah ada pengalaman jadi supervisor. sakit kepala banyak yang akak ni cerita. aku dah start takut. berat je kerja ni. sampai turn aku. masuk bilik meeting ada sorang interviewer manager kat situ sempoi je tapi di sebalik tu tegas weh. soalannya

introduce self.
kenapa nak manufacturing supervisor bukan pada chemical.
kenapa ibiden should hire you.
describe final year project.
how you want to start without the senior around you because supervisor should know everything.
transport. house.
what are you looking for the company.
what do you understand about electrolysis.

dan banyak lagi tapi dah lupa. dalam banyak banyak yang ditanya paling bodoh sekali aku jawab untuk soalan nombor lima kat atas. memang tak tahu nak jawab apa. last last aku jawap i have no idea. manager tu macam erkkk no idea? you are fresh grad you cannot say no idea. you should show you as a fresh. you should come out with your idea. takut gila bila dia cakap macam tuh. at the end aku jawap i will ask operator. you sure operator will tell you if you ask them. yes i believe they will cooperate with me. manager tu senyum je. rasa bodoh giler jawab macam tuh. malu.

last sebagai penutup dia tanya what your first impression about me in this interview. nak jawab tegas tapi tak dapat fikir tegas dalam english apa. last last jawab you are friendly. macam bongok je. lepas habis terus balik hotel. penat.

bila balik check email nak sambung master ump dah approve. dah dapat offer letter. tapi sekarang tak tahu nak apa sebenarnya. nak kerja or nak belajar or nak cikgu yang belum pasti. keliru. semoga aku buat keputusan yang tepat.






ada orang tu kata kita memilih kerja how dare you!


assalamualaikum

















Nov 20, 2013

random #28



hari ni update dua sekali terlebih rajin kan. sekadar untuk suka suka dan jadi ingatan.

aku kan baru kenal dengan sorang ni. aku tak kenal dia pun sebenarnya. dan dia pun tak kenal aku. dia kenal aku dari kawan dia kawan aku jugak. benda ni macam jadi dalam sekelip mata. tak sangka pun. tiba tiba la dia call aku dia cakap nak kenal aku dia memang nak cari teman hidup konon la kan. aku macam terkejut sebab aku tak kenal dia pun. tak caya sangat lah. cukuplah kisah dulu jadi teladan. tapi dia macam baik. dulu kan aku selalu berangan kalau lah ada orang boleh datang pada aku cakap nak jadikan aku teman hidup kan best. ni berangan time stress belajar buat plant design je. bila rasa putus asa pun ada lah datang angan angan ni. hahaha.

lepas tuh kita ni risau la tak ada jodoh ke apa ke kan. ni hot gossip la bila duduk dengan kawan kawan as ct. hehehe. dan aku sentiasa doa supaya Allah mudahkan aku dipertemukan jodoh yang baik.

tapi bila benda ni jadi real, infactnya aku sebenarnya tak terbuka hati pun lagi nak terima benda ni sume. rasa macam takut. tak sedia pun ada. rasa macam nak main main je lagi. aku tengok dia macam serius lah nak cari seorang yang dia boleh jadikan teman. aku pulak macam main main je. aku tak nak bagi orang harapan. banyak kali aku cakap dia cari orang lain sebab aku tak rasa nak benda ni sume lagi. tak bersedia untuk bagi orang rasa sayang atau aku rasa sayang kat orang. aku rasa aku lebih suka hidup macam sebelum ni. tak ada nak mesej mesej. biasa. simple. beribu aku bagi alasan satu kata aku dapat dari dia. kalau hati ikhlas nak kenal orang tuh insyaallah kekal, Allah akan permudahkan. dia nampak serius. Aku macam terpinga. sebab aku baru 23. hehehe.

aku bagi peluang diri aku untuk kenal dia.

Kalau betul dia untuk aku, Engkau dekatkanlah dia denganku, sekiranya dia tidak baik untuk aku, maka Engkau jauhkanlah dia dariku.


Assalamualaikum.

random #27




Salam

sehingga hari ini 20hb november, aku masih tak kerja kerja tanam anggur sampai ke sudah, ni dah masuk bulan ke 5 aku makan tidur kat rumah. sebenarnya nak sangat kerja walaupun kerja dekat dekat atau pun kerja biasa biasa tapi aku tak ada transport. akak aku bawak kereta pergi kerja, motor aku tak pandai. takut. takkan nak tumpang dia kan. kalau dia outstation aku pun paka tak g kerja la kan. memang tak la kan.

alhamdulillah rezeki aku murah dengan panggilan interview. syukur pada Allah. tapi setiap kali dapat interview ada ja halangan nak pergi. sebenarnya kan lepas aku dah pergi empat interview sekitar shah alam subang and klang. aku xberjaya pun dapat kerja kat situ. aku memang give up sangat. Tuhan je tahu macam mana aku rasa bila mana pergi interview tapi tak dapat. last interview di subang SRI sdn bhd, aku memang tak apply mana mana kerja almost sebulan merajuk kononnya. lepas tu kawan aku banyak la advice aku supaya jangan mudah putus asa. apply lagi insyaallah kalau  dah rezeki tak ke mana kan. dengan kata kata semangat seorang sahabat aku bangun semula after sebulan aku berduka lara. hehe. lepas tuh memang gigih la pagi pagi buka laptop tengok tengok iklan kerja kosong termasuk lah keja guru. hehehe. aku apply je.

alhamdulillah lepas tuh awal bulan ni aku dapat dua interview di HMS Corporation as sale and service engineer lagi satu dekat jb Orin's Advertising Sdn Bhd as marketing officer. dua dua ni aku tak pergi bukan tak nak pergi tapi ada masalah sikit. mak aku tak kasi lah kalau pergi interview dengan teksi sorang sorang. aku pun akur demi menjaga hati di sekililing aku. sedih sampai menangis setiap kali dapat interview tak dapat pergi. keluarga aku macam tak support sangat bila aku cakap aku nak kerja. ada ja masalah. tak ada nak bagi semangat ke apa ke. ni yang buat aku sedih. Tuhan je tahu. aku harap sangat mak aku boleh bagi peluang kat aku untuk pergi interview dengan selamat dengan doa dari mak aku sekali ni je. percaya pada Allah insyaallah tak ada apa. dan kalau aku cakap aku dah tak nak mintak kerja lagi putus asa mak aku cakap aku ni macam tak belajar baik tak yah belajar kalau pikir macam tu. sedih bila mak cakap macam tuh. sebab yang sebenarnya aku perlu orang bagi support kat aku bukan dengan kata kata yang mematahkan semnagat aku. tapi tak apalah aku redha. insyaallah nanti ada lah rezeki aku. 


lepas tuh alhamdulillah semalam aku dapat dua interview di Ibiden Electronic Sdn Bhd area bukit minyak penang sebagai manufacturing supervisor satu lagi guru akademik di Ipoh ni yang sepuluh and sebelas aku dapat. sepatutnya jumaat dan sabtu ni. alhamdulillah aku bersyukur sangat pada Allah. mungkin sebab aku amal dhuha dan hajat. dhuha tu supaya murah rezeki. dan aku rasa dua dua ni pun aku tak pergi sebab tak ada kawan area sana susah sikit nak stay. ni dah masuk enam yang aku tak pergi. sedih bukan kepalang. hati masih boleh sabar lagi. Insyaallah nanti kalau dah memang rezeki dapat la kan.

oh ye aku kan baru tahu, sebelum ni aku asyik tengok jbstreet ja, aku akan apply by email kalau dia ada sertakan email company. baru baru ni aku ada jumpa iklan pasal kerja lah selain jobstreet. ada jobsDB.com dengan Jenjob.com kalau tak silap. aku register sini lah. try try je. dan alhamdulillah yg Ibiden dengan marketing supervisor tu melalui iklan ni lah.

oklah satu je yang aku harap semoga Allah permudahkan urusan aku.
Jika rezeki aku masih di langit, turunkanlah ia kepadaku, jika rezeki aku masih didalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezeki masih jauh, dekatkanlah ia dengan aku dan jika rezeki itu sukar untuk aku terima, berikanlah kemudahan rezeki untuk sampai pada aku.  Amin.

Terima kasih sahabat dan syukur pada Allah.








Nov 13, 2013

random #26


Bismillah

waiting..................



random #25



sometime i feel tired applying the job, sometime i wish i'm married, have a children, be a good housewife, have own family and lastly have the happy family. this is the angan angan jelah bila mana rasa putus asa tu datang balik kekadang

akan bersambung~

Oct 12, 2013

interview lagik!


assalamualaikum


ini interview yang ke enam dan yang ke empat aku attend. so far so entah lah. last two weeks interview di subang di SRI sdn bhd. company ni company yang produced fire fighting equipment. big company jugak. almost staf kat sini adalah chinese. time aku  pergi hari tuh pun aku just nampak sorang je malay girl nak pergi lunch kot. macam sebaya dengan aku kot mungkin. kecik macam aku. hahaha. perasan.

time aku pergi tuh aku tak nampak ada candidate lain. interview hari tuh take almost 1 jam. kereng jugak la duduk situ. before sesi interview aku diminta untuk isi borang interview untuk position yang aku dapat. borang je pun dah empat helai take time jugak nak isi nak baca satu satu. details semua ada dalam borang tuh dari transport lesen nama adik beradik pekerjaan adik beradik hobi dan semua lah. 

lepas tuh aku di suruh masuk satu bilik untuk sesi interview. orang yang interview aku chinese. sangat baik. sangat friendly. first macam biasa introduce yourself. lepas tuh apa yang aku tahu pasal sales. kenapa nak sales kenapa bukan bidang yang lebih kepada chemical. apa yang motivated aku nak kerja. orang tuh belek belek aku punya sijil then dia tanya apa yang aku belajar masa oil and gas induction course. tanya lagi pasal transport. tempat stay. salary. aggresive aku tahap berapa. dan ada lagi yang dia tanya tapi aku lupa dah. one more thing. dia tanya kalau diberi pilihan sales dengan system engineer. yang mana aku lebih prefer. macam tulah lebih kurang. lepas tuh dia explainkan system engineer dekat company diorang buat apa. last thing dia nak test aku punya autocad and to be honest aku memang tak ingat langsung sebab dah lama tinggal since aku belajar menda alah ni time semester dua kot kalau tak silap lah. orang tuh cakap ia tak jadi masalah as long as aku boleh belajar kalau aku diambil bekerja kat company diorang. lepas satu jam tamatlah interview tuh. interview ni santai santai je. orang yang interview tu pun baik dan ok je. 

alhamdulillah aku dapat jawab apa diitanya. cuma yang autocad tulah aku memang tak ingat langsung. dan aku tak berharap pun untuk interview ni sebab aku pergi pun sama banyak je dengan tak nak. sebab before decide nak pergi interview tu ada masalah sikit. mood pun macam tak tahu ke mana. 

then semalam dapat email untuk interview status. aku tak dapat sebab diorang ambil orang yang ada experience. aku pun dah macam dapat agak lah tak dapat. walaupun tak berharap tapi sebenarnya aku dah memang totally give up dan fedup. dan aku pun dah tak apply kerja lagi since interview hari tuh. rasa macam dah betul betul putus asa. sekarang pun tak tahu nak buat apa. 

 ada terfikir nak sambung belajar macam best je tengok kawan kawan aku yang sambung master.  tengok lah macam mana nanti.


owh ya dan satu lagi sabtu baru baru ni 5 oktober adalah hari convocation aku after 4 years survive dalam engineering course tapi sedehnya tak dapat hadir. dulu bukan main kalau tengok senior datang ambil jubah mesti cakap dekat kawan tak sabarnya nak tunggu saat tu. tapi sayang sebab semuanya tinggal kenangan i pretend to be happy infront of friends tapi sebenarnya aku sedih sangat lagi lagi bila tengok gambar happy konvo kawan kawan. aku tak dapat rasa semua tuh tapi tak apa lah semuanya akan ok. kalau nak rasa convo sambung lah master. kan kan. hehehe.


oklah assalamualaikum.






Aug 25, 2013

random #24



dah lama tak tulis kat sini

assalamualaikum..hehehe

sekarang aku hanya di rumah makan tidur makan tidur. eh tak la kite kerja jugak cleaner tapi kat rumah jelah kadang tuh ada jugak jadi chef yang tak bertauliah sampingan je. alhamdulillah 19jun hari tu aku habis exam makanya tamat lah belajar di ump. tapi aku ada ikut kursus oil and gas di ump untuk tiga hari menghabiskan sisa sisa di ump. sedeh. 30jun kalau tak silap aku pulang ke terengganu.

bermulalah job hunting. sebenarnya dah lama dah hunting job. hahaha. before habis belajar lagi. before start exam lagi aku dah pulung send resume sana sini. aishhhhh. before exam aku ada pergi OGA exhibition di KLCC. dan waktu aku di hentian Rnr Sepah di genting, aku dapat call dari company di Penang kalau tak silap. itulah first interview yang aku dapat untuk position laboratory analyst macam chemist la kot. tapi sayangnya aku tak pergi. setelah dihitung tambah bahagi bagai aku terpaksa tolak sebab atas sebab sebab tertentu termasuklah tak tahu nak stay mana, dengan sorang sorangnya, lepas tuh masa macam tak sesuai sebab time tuh kami dekat u tengah busy busy nak kena siapkan report untuk plant design dan date submit time tuh jugak. so aku tolak. think positive mungkin ada rezeki di tempat lain.

after habis belajar. aku dapat panggilan dari company Jururubcoil sdn bhd dan Gomedic Sdn bhd. satu di klang dan satu lagi di port klang bagi position chemical engineer dan chemist. Interview di Jururubcoil sangatlah tak best. boleh pulak main best tak best kan. satu soalan pun tak sama dengan soalan yang biasa ditanya. dah dekat nak pergi baru lah aku tahu company ni lain dari lain yang mana banyak buruknya yang aku dengar. aku pun rasa tak seronok sangat nak pergi bila dah tahu macam tu tapi pergi jugak sebab dah beli tiket. company ni macam supply equipment. yang interview nya chinese, garang. grouping interview. soalannya seingat aku introduce tu memang tak ada. different between chemist, chemical engineer and mechanical engineer. bagi lima jenis pump dan valve tapi yang biasa biasa macam rotary centrifugal tak nak. hahaha. application macam mana aircond berfungsi dan kereta berfungsi tapi dari aspek chemical engineering. hahaha.

kebetulan aku dapat satu lagi interview di port klang di gomedic sdb bhd. kebetulan lagi interview hari yang sama. alang alang pergi je dua dua. interview tu kalau tak silap 8julai kot. interview di gomedic sdn bhd ni sangatlah sporting. time aku sampai disambut pekerja kat situ. terharu. baik dan dia ada bagi tips untuk interview tuh. ada dua panel chinese. sangat sangat baik dan cepat mesra. company ni company biodiesel di hujung pelabuhan sikit lagi nak masuk west port. time interview macam biasa lah ada introduce yourself, then seingat aku ada tiga jenis minyak dalam macam conical flask kot siap tertulis nama minyak setiap botol tuh. then mereka tanyalah minyak apa minyak apa. aku pun tanpa berfikir panjang aku cakap lah seperti yang tertulis di botol botol tuh. after interview barulah terfikir ke diorang nak test aku. hahaha. lantaklah dah habis dah interview. expected salary pun ada tanya. lagi adalah soalannya tapi aku dah tak ingat dah. then dia tanya aku bolehkah kerja shift sebab chemist kat situ ada shift. jadi aku iyakan saja. yes i can. lepas tuh lagi dia ada tanya pasal transport sebab company tu jauh so dia risau kalau tak ada transport. lagi adalah dua tiga soalan lagi tapi aku dah tak ingat sangat dah sebab dah lama. then dia bagi aku peluang tanya soalan kat diorang. aku pun bla bla bla.........lagi satu company ni perempuan dalam dua tiga orang je kot yang lain semua lelaki.

then after balik interview tuh aku dapat panggilan dari fakulti kimia ump untuk interview 12julai elpion silicon sdn bhd. interview tuh di ump 30 students. interview ni masuk berlima tiga panel, dua chinese satu indian hr. soalan pun simple simple je. setiap orang lain soalan. soalan berdasarkan resume. introduce yourself tu wajib ada. then time aku diorang ada tanya pasal latihan industri, equipment yang aku guna time psm aku. itu je kot seingat aku. dia nak tengok cara communicate kot. yang ni aku memang dapat feedback memang tak dapat lah. yang dapat budak chinese kawan aku. chinese nak chinese jugak kan. hahaha. yang dua lagi tak dapat feedback tapi anggaplah tak dapat. hahaha.

then minggu lepas aku ada dapat satu lagi interview di shah alam untuk position service and sales engineer. yang ni pun aku terpaksa tolak atas sebab sebab tertentu. tak ada tempat nak stay. hahaha. sayang sebab orang yang call tu bersungguh suruh pergi walaupun aku cakap aku sekarang tengah buat license jadi tak tahu bila siap diorang pun nak immediately. dia cakap nak ambik orang dalam awal bulan sembilan. so dia suruh je aku pergi. tapi aku tak pergi pun. tak pelah InsyaAllah ada rezeki lain. amin.
 

walaupun sebenarnya rasa dah give up nak apply kerja. adalah sekali sekala terpikir nak sambung belajar ke tak. aku bab bab buka journal ni malas dah. hahaha. sampai kan satu masa tuh aku cuma tengok je kerja kosong tapi tak apply pun. hahaha. naseblah fenemona tuh sekejap je back to normal aku apply balik semula kerja. hahaha. think positive mungkin Allah dah aturkan yang terbaik.


sekarang ni aku tengah buat lesen kereta untuk yang kedua kalinya. umo 23 baru nak buat. InsyaAllah selamanya dah. mak aiii susah belajar kereta ni, hari hari kena kata dengan cikgu tak fokus gopoh lah tak ambik cakna macam macam. tapi kita sengeh je walaupun hati ni macam nak menangis dah....

dan hari ni jugak hari lahir kita yang ke 23. selamat hari lahir untuk empunya diri. semoga empunya diri dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dapat kerja cepat cepat, bertemu jodoh cepat cepat jugak lah hehehe, berjaya dunia dan akhirat dan satu lagi semoga lulus ujian kereta dengan jpj. hehehe.


assalamualaikum









Jun 28, 2013

alhamdulillah



Alhamdulillah segala puji bagi Allah

19hb hari exam operation project management yang ditunggu tunggu untuk tamat semuanya. bachelor of chemical engineering.


ini time sebelum exam operation project management 19hb hari tu. masing masing muka gembira ni sebab ini last paper. paper yang ditunggu tunggu. dah lambat sangat dah, orang lain dah habis exam. kita baru nak start.

ini tahun akhir aku bergelar student di ump. sumpah sayang nak tinggal ump, nak tinggal mereka, banyak kenangan tercipta di sini, especially GMNk, pendek kata sayang nak tinggal semuanya, haa gituuu.

hari ni 28 june last induction course oil and gas dan aku masih disini menuggu untuk pulang esok. biasanya aku tak ada lah semangat mana pun nak ikut mana mana program kalau dah nama balik, cepat je aku hilang. tapi kali ini tak, kali ini lain sebab ini dah last semester. last semester jugak aku balik sendiri esok. first time tau, biasa kakak datang ambil kalau dah peralihan tahun tapi kali ni tak sebab aku decide balik dengan bas je sebab barang dah tak banyak. mungkin sebab aku dah matang kot, giteww.

sumpah sedeh nak berpisah. empat tahun kat sini bukan waktu yang sekejap tapi cukup lama. terima kasih sebab jadi kawan aku.

rindu. ya rindu. pasti aku rindu kalian semua.

sobsobsob.

















Jun 18, 2013



''serahkan hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik... hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu sebaiknya''


Jun 17, 2013

exam :) :) :)



Lusa 19hb hari untuk paper operation project management aku yang mana ianya adalah first juga last paper.
semester ini satu paper je. ini pun aku punya malas tahap tertinggi dah. baca 5 minit rehat 10 minit. teruk. 5 questions 5 chapters. soalan menguji minda untuk mengingat.

Cepatlah rabu. cemburu dengan kawan kawan yang dah habis exam. yang mana paper aku belum start pun lagi.

apa pun semoga Tuhan permudahkan aku dalam mengingat apa yang aku baca dan belajar. Amin.

Jun 12, 2013

29mei 11jun alhamdulillah (senyum)



alhamdulillah, sejuk hati sejuk mata (senyum sampai telinga)

no more pd drama. no more gosip gosip liar. no more ketidakpuasan hati. no more marah marah. its end!!!
dua semester hidup huru hara. terima kasih untuk supervisor for advise and guide us. terima kasih team mate bekerjasama walau pun terkadang bikin hati panas. biasalah plant design boleh buat hati semua orang membara berapi api. hahaha. ketidakcukupan waktu tidur ketidakcukupan waktu rehat segala penat lelah akhirnya terbayar. 29 mei menjadi titik nokhtah dan 11 jun berakhir semuanya. alhamdulillah. syukur ya Allah.


sekitar 29 mei 2013 final presentation plant design 



batch 09/10 after presentation




this is our p&id. production of 200 000MT/YR ethylene glycol by hydration of ethylene oxide. sebenarnya ini part yang paling kita takut tapi kita bangga kite boleh siapkan p&id ni dengan jayanya walaupun kita rasa kita tak ade basic sangat pun dalam process control. alhamdulillah. thank you ct sebab malam malam kita selalu pergi menuntut ilmu dengan dia. terima kasih jugak mis mimi sebab sebelum hari presentation  kita sempat jumpa dia untuk check p&id kita.


titik penghabisan 11 jun with 3 copy of final report 477 pages submitted. Done!




alhamdulillah.

Mar 24, 2013

random #23



test opm
PD
oral lab
assignment opm
assignment membrane
test membrane

risau risau risau
semoga dipermudahkan semua



lagi seminggu nak cuti midsem :)


Mar 19, 2013

random #22




hari ni lepas kelas laju laju naik fakulti. tanyakan reactor design. pressure drop boleh abai atau tak.
selama ni ingatkan reactor aku pbr. tapi bila multiphase sepatutnye slurry reactor. reactor jenis ni memang kami tak belajar.

1. pressure drop sepatutnya ada kalau guna pbr. kamu punya multiphase. sepatutnya slurry reactor. tapi memang tak ada dalam syllabus. study guna cd dalam buku. nanti discuss kalau kamu tak faham. ok.

2. kita siap print lagi pasal slurry reactor. kita nak baca baca sebab kita takut la dah la tak pernah belajar.

3. madam cakap kamu ni dah semester dua tapi masih lambat. tak tepati masa. masalahnya BUKAN KITA.

4. nanti next meeting come out dengan progress masing masing. ok.

5. kita rasa nak marah orang. tapi kita sabar.

6. kita dapat kueh qasidah kawan kita bawak dari rumah. terima kasih :)

7. kita puasa kita nak coconut shake tapi kita dapat coklat shake. tak ape lah. syukur.

8. kita dapat souvenir dari as, penyu yang comel pakai spek mata. hahaha cute je. terima kasih ye as.

9. kita teman roomate kita nak pergi pejabat pos tadi. sama sama tunggu bas bukan main lama. kita balik sampai kat pagar hostel bas lalu. kita dah sabar setengah jam ngan roomate kita tunggu bas tau.

10. ada orang cakap kita kurus masa tunggu bas tadi. sukanya kita. kita tak tahulah auta ke fakta. mungkin sebab kita pakai baju kurung. nampak kurus. 

11. esok kita ada ee lab. kita tak nak pergi boleh.

12. esok kita ada kelas membrane. kita takut ada kuiz tapi kita malas nak study. kita study secoet je.

13. kita sekarang kuat tidur. walaupun banyak kerja. juga kuat makan.

14. semoga boleh design reactor dengan jayanya. amin.






Mar 14, 2013

random #21


design. design. design. reactor oh reactor. dari tadi aku dok belek buku CRE. banyak sangat rule. tak tahu den nak ikut yang mana. isothermal reactor punya design lain. pbr punya design lain. general lain. pressure drop lain. catalyst design lain. atas meja penuh buku. buka buka tapi tak tahu yang mana satu. ahhh wa cakap wa keliru. esok wa mahu jumpa lecturer. wa rasa mahu buang ini buku.


tadi aku bilang sama fatin aku tersilap kos. aku menyesal. tapi fatin cakap tak baik menyesal. ini rezeki aku dalam bidang ni. nak termenangis aku kat kelas tadi. tapi aku pandai control. malu je hal gini pun nak nangis. ini buktinya jiwa wa jiwa lembut. tapi ada orang cakap wa hati degil. tapi lembut dan degil aku bertempat.







Mar 12, 2013

random #20





perempuan. garang. emo. itu ke aku. entah. hari ni aku rasa teruk. jadi marah. jadi emo. tapi sungguh aku tak ingin pun.

 


Mar 11, 2013

random #19




kita nak pergi holiday kat pulau tapi kita tak dapat permission ngan mak kita. kita dah habis berangan dah. sedeh. kita rasa nak makan macam macam la. kita nak big apple. kita nak pizza. kita nak kfc. kita nak segala macam kek. kita puasa hari ni. nafsu2.

kita sedeh tapi tak pelah kita ikut cakap mak kita.



Mar 9, 2013

random #18





hari ni kita keluar. jalan jalan. janji sama hati, juga sama kawan. tak mahu beli mana mana baju. dah banyak baju rasanya. mak kita selalu cakap baju banyak tak pakai nanti baju menangis sebab kita tak pakai dia. tapi nafsu sama sekali tak boleh ditahan bila tengok baju cantik. menawan lagi tertawan. kan kan kan. wahai perempuan dah nama perempuan kita sama la kan. akhirnya terambil juga. hehehe.

lepas tu kita keluar dari kedai tu. kita jalan lagi. kita jumpa lagi baju yang dah lama kita nak. smart. warna dia cantik. tapi kali ni nafsu berjaya ditahan. kita tak beli pun. sedih.

apa pun perempuan memang macam ni kan. suka shopping tak tentu arah. kata diri sendiri. nak cari laki banyak duet lah. hahaha. erkkkkk. gurau. :)

Mar 3, 2013

random #17



khamis lalu balik kampung lagi, baru je dua minggu stay hostel, dah balik lagi :)
tengahari tadi selamat sampai sini. balik hujung minggu je. entahlah kita rindu kat rumah lah, kita rindu mak kita, kita rindu anak sedara dua tuh.

sekarang minggu ketiga. plant design masih ditempat yang sama. tadi baru ada discussion. lepas ni mohlah kita bergerak gerak yer. jangan malas.


sebenarnya kan kita sedih sebab mak kita mula mula bagi kita pergi holiday kat pulau, tetiba pagi tadi before balik sini. mak kita cakap tak bagi pulak sebab sekarang musim hujan. musim cuaca tak elok. tapi kita nak pergi. anak sedara kita siap ejek ejek lagi padan muka kena marah. kita termenung je tadi. tapi nanti kita nak pujuk lah mak kita kasi kita pergi, Insyaallah tak ada apa.


kita nak bagitahu pasal nak sambung belajar kat luar pun kita tak bagi tahu lagi. kita tak tahu nak cakap macam mana. kita takut mak kita tak kasi lah.

kita kan tiba tiba rasa macam tak nak pergi dinner nanti 20hb something. macam malas. macam tak ada mood dah.


malam ni kan kita rajin lah nak tempek tempek bedak dekat muka. sambil dengar lagu kau yang bernama seri. ha hambek kauuu!!ni semua berpunca dari rapid tadi ni. hahaha.


xoxo




Feb 20, 2013

random #15



alhamdulillah


semester lepas berakhir dengan presentation final year project psm 2, 22januari 2013. ada tiga panel yang mana dua panel dari universiti lagi satu adalah panel luar. masa untuk pembentangan ada 20 minit dan q&a 10 minit. aku berlatih punya berlatih malam tuh cukup cukup dalam masa 20 minit. aku adalah orang ke 5 present lebih kurang pukul 11lebih. tapi nervous punya pasal, aku banyak tertinggal apa yang aku nak cakap explain. mata  asyik tengok jam telefon tepi laptop takot takot masa tak sampai 20minit. parah. habis lambat explain last 17 minit siap. ok la tuh. sesi q&a aku banyak kena dengan panel universiti. tapi panel luar tak tanya. tak pasti la tak tanya kenapa. tak faham atau tak ada nak tanya. tapi tak apa kira dah lepas aku pun malas nak fikir. yang penting lepas. komen aku cuma dapat satu je.


lepas present kena baiki report based pada komen yang kita dapat. tapi aku tak baiki sangat yang tuh. cuma edit format, spacing semua. semua tu pun ambik masa berhari hari untuk siap. sakit mata lenguh tangan hadap dan check satu satu. habis duet jugak sebab aku print cukup cukup 100ringgit untuk 4 copy belum masuk hardbound. bankrap!!!


selesai semua senyum  boleh balik rumah. yeayyyyy.


rabu lepas result final exam keluar. alhamdulillah. suka dengan tak sama banyak je rasanya, apa yang nak lama dulu tercapai tapi kecewa dengan grade. macam nak double check je. macam jugak bukan lecturer aku ni yang tanda. hahaha. tapi biasalah manusia tak pernah puas kan tapi aku tetap bersyukur.

sehari sebelum balik sini telefon aku jatuh dalam lubang air dalam jamban dekat sekolah adik aku. benciiiii!!


17hb februari balik sini semula. kelakar bile tengok terminal bas kuantan renovate. so semua bas akan berenti dekat kawasan tu macam padang tapi masih bertar. disitu jugak kaunter kaunter menjual tiket bas dibuka. hanya dibawah khemah khemah. haritu dah lah baru lepas hujan. tiba tiba demam. kena jalan pergi cari rapid. bagi aku jauh lah sebab aku bawak beg bukan main berat macam ada batu berketul ketul dalam beg. tu belum bawak segala mak nenek makanan lagi. pertama kali aku balik naik bas sendiri bila sampai kuantan. biasanya kawan aku akan pick up kat sana.


hari pertama semester dapat baucer buku. penyakit tak tahu nak beli apa. dalam kepala nak beli pendrive dengan a4 paper je. hahaha. semester  ni aku cuma ad kelas 3 hari je seminggu tu pun cuma dua jam je khamis ambik bahasa dah lama tinggal. tak ingat apa.


hari ni hari ketiga di minggu pertama di semester terakhir. petang tadi ada talk pasal process equipment design dari orang MTBE. aku banyak lupa plant design 1 aku sebab cuti tiga minggu. hahaha. cuti tiga minggu macam cuti tiga tahun, lupa semua. ak cuma ingat reaction untuk hasilkan ethylene glycol and layout untuk pfd. btw cuti tiga minggu yang lepas aku nikmati sepuas puasnya, kat rumah memang langsung tak buka pd. ini pun rasa masih belum puas kat rumah. kat rumah ada semua, walaupun adik dengan akak aku balik hujung minggu je. tapi kat rumah anak buah datang hari hari. ada mak. boleh makan macam macam hari hari. ahhhh rindu.


sebenarnya sekarang tengah fikir nak sambung master ke tak. kalau dulu rasa macam malas nak sambung. malas nak belajar. susah. tapi sekarang kerja susah nak dapat. belum tentu dapat. usaha ada rezeki insyaallah dapat.  kalau tak, tak kan nak mengganggur. berminat buat master luar negara ,ada lah search serba sikit, biasiswa semua tuh. tapi tak sure keluarga macam mana. setakat ni baru bagitahu kakak. belum bincang dengan mak. jumaat ni ada talk Postgraduate study in UK & How to succeed in IELTS. dengar dulu macam mana. kan kan. 


semoga semester ni dipermudahkan. dan akan bakal menjadi sibuk sesibuk sibuknya untuk final year project plant design 2.















Jan 10, 2013

random #14




Alhamdulillah.

report untuk psm selesai. report aku terlebih page agaknya berbanding orang lain. kalau dulu aku risau thesis aku sikit page nya tapi sekarang aku risau thesis aku terkebih page. ump thesis guide text nya 2.0, yang aku siap sekarang adalah 1.5 dengan berpage kan 96 dan bila 2.0 pastilah pagenya terrlebih sudah. bila mahu dijilidkan pasti nya kena cut apa yang patut. apa aku merapu dalam tuh sebenarnya. lagi satu bangganya bila buat technical paper. ada nama sendiri. ala ala journal. hahaha.



PD minor report juga selesai.

cuma tinggal satu paper exam lagi environmental engineering isnin depan.

lepas tuh presentation fyp 22hb. auwwww nervous.
lepas tuh lagi dengar kata kena gigih betulkan report untuk submit untuk dijilidkan oleh fakulti.


tadi rasa pavlova. rupanya rasa sangat hmmmmm. berkongsi beli pavlova bagi supervisor. tergapai hasrat mau cheese cake. alhamdulillah.

 



tadi beli nasi lemak balik dari library. nasi lebih ye bang. lepas makan terus tidur. ngeh...
sekarang mari belajar EE. sambil makang. makang dan makang lagi.


xoxo





Jan 5, 2013

Jan 3, 2013

ini cerita tahun baru



harini tiga hari ditahun baru. tahun baru dengan final exam, juga presentation final year projek sarjana muda aku 22hb nanti. semalam first paper polymer. nanti 14hb last paper environment engineering.

dan azam tahun ni semoga

semoga aku jadi anak yang lebih baik. semoga aku jadi lebih rajin. semoga aku boleh tak merungut disebabkan banyak kerja. juga semoga aku tak merungut lagi disebabkan tak sempat balik rumah. semoga aku boleh habis belajar dengan cemerlang tahun ni. semoga aku boleh jadi yang lebih baik dan semoga aku bertukar status.

hahaha

InsyaAllah

btw selamat tahun baru, semoga tahun ni jadi tahun yang lebih baik dari sebelum sebelum dan sebelum ni. hehehe

semalam alhamdulillah rezeki

semalam kawan belanja chicken chop dikala hujan rintik rintik. semalam juga roomate aku bawakan kek coklat moist dari rumah. semalam juga supervisor hadiahkan tshirt dari hongkong. disebabkan lama tak balik, nafsu makan itu ini berleluasa,sebenarnya kan kite rindu karipap mak kite dengan karamel akak kite


ihsan mr. google

kite rindu anak buah kite dua orang tu. 

btw ni tshirt tu kawan aku punya. yang aku hitam.


xoxo