Aug 28, 2011

selesai

assalamualaikum

hari ni dah selesai register subject untuk sem depan via open registration walaupun satu subject aku tak sempat.dari sahur sampai pagi gigih aku buka tutup web ecom universiti aku.memang uji sabar sangat sangat.register keluar error.register lagi.lagi keluar error.register lagi sampai dapat.alhamdulilah.selesai.hati senang.

sekian.

Aug 27, 2011

sahabat selamanya,susun dan susun

assalamualaikum

hati lega.hati senang.bicara sama teman yang aku panggil sahabat.dia sahabat aku selamanya.sahabat dunia akhirat aku.cakap banyak.cakap macam macam.rasa hati terubat.banyak nak cakap.banyak nak bual tapi masa selalu cemburu.aku rindu seorang yang aku kira sahabat.lama tak jumpa.sahabat kira dari zaman aku hingusan sampai aku sekarang.seingat aku pernah sekali aku dan sahabat tak bertegur sapa kala aku dan sahabat masih berhingus.lupa akan sebab.tapi hanya sekali.terima kasih sahabat.kerana kau sentiasa setia bersama aku.walau susah senang kita harung bersama.

lepas bual tadi,gigih aku main susun susun jadual sebab esok tarikh untuk aku register subjek.habis tenaga aku kerah.*ok tipu.kena susun kasi itu jadual tak ada bertindih dengan mana mana subjek.penat lelah main susun akhirnya ciap semuanya.besok pagi pagi mesti dah on laptop.online untuk register.kena cepat lagi express.kalau penuh alamak kena pinda lagi jadual.ok mintak jauh.

Aug 25, 2011

spontaneous Thursday # 3

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.

21 sudah,tahniah bro

                                                                                                                                      assalamualaikum

ok pagi pagi dah taip entry.ok tak pe.

semalam tepat 00.01 aku dah pun capai umur 21.oyeaaa oyeaaa.
21 sudah.dah besar kan aku ni tapi tak rasa macam dewasa pun.ok bajet budak kecik kan.
selamat hari jadi.selamat hari jadi.selamat hari jadi untuk diri sendiri.ok nak nyanyi tapi tak jadi.ok fine lagi.
ape ape pun aku nak wish selamat hari lahir yang ke 21 untuk diri aku sendiri.

wahai diri.
semoga kau berjaya dunia akhirat.
semoga kau tabah dalam harungi dugaan dan liku liku hidup.
semoga hari hari mendatang lebih baik dari hari hari sebelum,sebelum dan sebelumnya.
semoga kau dapat capai apa yang kau mahukan.
semoga kau dapat lupakan apa yang lalu.

terima kasih untuk kawan,teman,sahabat yang masih ingat aku dan tak lupa untuk ucap selamat hari lahir pada aku..sangat sangat hargainya.thanks friends.kamu sentiasa di hati aku.ok ucapan aku bajet macam aku artis kan.ok takpe.fine lagi.

ok semalam aku tahu yang dia dah nak kawen pun.bila mana aku dapat tahu aku tak pasti apa aku rasa.
tahniah bro.selamat pengantin baru yer.semoga kau dan dia bahagia sampai bila bila.
tu yang mampu aku katakan. bahagia kau derita aku.muahaha tak boleh bla.*pura pura senyum seikhlas hati.

aku dah delete kau dekat fb aku.aku tak nak sikit pun ingat kau lagi.aku rasa lega sekarang.

duhai hati
jangan kau lemah
kuatlah kau hadapi ini semua
sebab aku tahu kau boleh.
let by gone be by gone ok.
biarkan semua itu berlalu dan kau lalui hari kau dengan senang ok.

p/s untuk diri sendiri : biarkan Allah yang mengatur segala,semua akan baik baik saja,ianya akan indah pada waktunya :)



Aug 18, 2011

spontaneous thursday #2


Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

                                                                                            Kata ni aku ambek pada laman i luv islam,tertarik

Aug 17, 2011

salam Nuzul Quran






wordless Wednesday #1



                                                                                                                        
                                                                                                                      ~ rindu korang kenangan 2008

Aug 16, 2011

syukur yaAllah

                                                                                                                              assalamualaikum


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar



16ramadhan,syukur padaNya kerana masih diberi ruang untuk bernafas di hari ini. di pagi yang indah ini,setelah selesai solat subuh,hanya kata maaf yang dapat ditutur pada ibu.


terima kasih ibu.
terima kasih untuk segalanya.


terima kasih Allah.
syukur padaMu yaAllah.

Aug 11, 2011

spontaneous Thursday #1

Forgiveness is not something we do for other people,
we do it for ourselves
to get well and move on