Dec 27, 2013

random #35






alhamdulillah selepas usaha keras nak dapatkan kerja. akhirnya dapat. Ibiden Electronic Malaysia Sdn Bhd batu kawan penang. mula mula rasa tak yakin boleh bawak ke tanggungjawab as manufacturing supervisor. mohon petunjuk dari tuhan hati terdetik nak pergi yakin insyaallah boleh bawak. tapi semuanya tak seperti yang diiinginkan. beribu dugaan after decide untuk mahu. salah satu keluarga. aku perlu sokongan keluarga bukan kata kata yang lemahkan aku. akhirnya akur untuk tolak. hati sedih tak perlu nak bicara. dua hari nangis sampai migrain fikir. dan aku sebenarnya nak kerja. kebetulan dapat interview di tan hong motor assemblies sdb bhd di rawang. automotive company manufacture something like nissan almeera. aku mahu cuba mungkin ini pengganti rezeki aku tapi entah ke laut semuanya bila asyik kena push dengan kata kata yang buat aku rasa putus asa. keluarga macam ke arah continue study. akhirnya aku akur untuk belajar walaupun dah tawar hati sebenarnya. baru sekarang aku tahu susahnya hidup nak puaskan hati semua pihak.


thanks as and zila. because both of you give me a lot of smile. thanks allah.

Dec 24, 2013

random #34




tawar hati nak cari kerja lagi. tawar hati nak belajar. tawar hati. sabar.

Dec 22, 2013

random #33




waiting......





p/s : dah dapat kerja. Ibiden Electronic Malaysia Sdn Bhd. alhamdulillah. kalau jadi pergi akan cerita nanti.



Dec 15, 2013

random #31



approved....
master of chemical engineering with entrepreneurship


jodoh pasti bertemu



sampai sini. hati rasa jauh. maaf.
#jodoh pasti bertemu

random #30




bila baca semula bait bait ayat yang lama rasa kelakar gila. betapa tak matang tulis macam macam :)

random #29


assalamualaikum

nak cerita tentang interview lagi

22hb november lalu sepatutnya interview di Ibiden electronic (M) sdn bhd di penang tapi tak pergi sebab jauh. As text aku Ibiden ada buat walk in interview di Hotel Reinassance kuala lumpur 23hb november sabtu. tak fikir panjang balas mesej as tanya sungguh sungguh nak pergi then pergi. set.sebenarnya bukan nak pergi sangat tapi  nak jalan kot. hahaha. petang khamis tu beli tiket esoknya naik bas. hahaha. pergi tapa baca apa pun cuma buat nota sikit. tu pun sikit je. sebab mind set nak jalan. hahaha.


as dan aku


masa walk in tu antara yang dia tanya simple questions sebab akan ada second interview dekat company dia sendiri kalau lepas first.

tentang family. ayah kerja apa. mak kerja apa.
introduce self.
kenapa manufacturing sv bukan more pada chemical engineering or water treatment sebab aku training di water treatment plant.
transport. rumah.

interview ni sekejap je jadi orang first kot. baru nak duduk dah panggil tak prepare apa pun. bab kata as pergi untuk ambil pengalaman je. skiping tunggang langgang. interviewer gelak gelak je macam hampeh je cara aku jawab. malukan je. hahaha.

lepas tu pergi rumah classmate azmer buat makan makan majlis kesyukuran sempena dapat kerja di mustang kot. hahaha. time borak borak rasa kecik je diri. hahaha. malam tu kitorang jalan di ict. dila as ct yanti wan aku. ict tak best sangat pun. lampu lampu je. hahaha. nak bergambar pun bolehlah. isi perut makan di kfc ict. 


us

satu satu lelaki yang ikut haha


tengok as buat roti sardin super duper sedap. balik rumah kita try buat. tak jadi hampeh. roti serap minyak sebab kita tak nipiskan roti. letak sardin then gulung. bila goreng rasa berminyak je roti. sardin pun kosong je. fail. hahaha. cekodok pisang by dila dan nasi goreng as breakfast by as dila housemate. best. housemate diorang pun baik sangat. sabtu balik terengganu.

minggu lepas tu dapat email untuk buat master research di utm otec kl. utm otec ni aku baru tahu. Utm Ocean Thermal Energy Centre. diorang panggil briefing dan interview di utm otec kl 29hb november kalau tak silap. tengok iklan ni jobstreet apply masa lagi sehari nak tarikh tutup. hahaha. tapi tak pergi pun sebab baru balik. tak larat dah nak pergi.


minggu lagi satu lepas tu 4 disember pergi interview untuk position pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah gred DG41 under mara. cikgu mrsm la. aku pun tak ingat dah bila aku apply sebenarnya. dapat tahu pun 3 hari sebelum. interview ni ada empat cabang nya. essay dalam 1 jam. interview dengan panel dalam 25 minit. micro teaching dalam 10 minit. ujian physycometric dalam 1 jam setengdah. aku sesi pukul 11. di semenanjung dalam 3 ribu lebih orang dalam masa 7 hari. kau bayang kan dalam sehari tu berapa ratus orang. memang sampai sana baru tahu. pihak sana bagi taklimat sebelum start. rasa penat giler tunggu turn.

essay tu the best thing pasal diri yang akan buat mara ambik kita untuk join mara dan contribution to mara.
interview dengan panel mula mula introduce, dua soalan lagi buat aku rasa macam erkkkk tak ada idea langsung tapi hentam je. apa sifat luar biasa ada pada diri yang boleh buatkan anda jadi guru terbaik di mrsm. micro teaching boleh je ajar apa apa subtopic. memandangkan aku dapat science chemistry aku pilih untuk ajar subtopic the mole and the number of particle kimia tingkatan 4. siap pergi tanya sepupu lagi macam mana nak buat micro teaching siap alat bantu mengajar. laju giler cakap kat depan. sampai kan panel tanya you rasa letih tak you nak berlari ke. hahaha. ujian komputer pun susah giler bagi aku mungkin sebab aku tak ambik pendidikan jadi soalan yang macam berkait dengan cikgu jawab je. 

pergi interview ni dengan rubi ayah rubi. family rubi tersangat lah baik. serba salah giler dengan ayah rubi sebab tunggu sampai habis interview. kau bayang dari 8.30 pagi bertolak sampai 5.30 petang baru habis. 7.30 kot baru sampai rumah. ayah rubi baik giler sampai cuti kerja. terharu. tak terbalas kebaikannya. esok malam balik terengganu.

sampai terengganu pagi jumaat dapat call dari Ibiden untuk second interview di Penang. serba salah giler nak pergi ke tak. fikir punya fikir ni peluang dan kakak aku cuti sehari untuk teman pergi interview. minggu next pergi lah. malam naik bas. sampai pagi. check in hotel. petang pergi interview sampai sesat sesat cari company. sebab alamat lain tempatnya lain. nasib pak cik teksi tu baik. pusing pusing. malam tu naik bas balik terengganu. letih giler. 

Ibiden sangat sangat lah besar company nya. orang luar memang tak boleh masuk. kena tunggu luar. masuk masuk je wahhhhhhhhh. sampai di guard siap ada registration dan bagi macam name tag gitu ada nama kita tanda nak interview. tampal la di tudung sebelah kiri. hahaha. masuk dalam ada lagi registration kena ambik exam. beratus soalan dengan ayat english yang macam erkkkk berbelit belit ayat. makan masa nak jawab sebab banyak giler. soalan pasal diri leadership tapi kena fikir betul betul sebelum tick. tapi aku jujur giler jawab. hahaha. time jawab sebelah meja ada sepuak mamat jepun engineer kat situ kot dengar diorang dok cakap cakap jepun tapi tak faham pun. lepas dah siap jawab, kena tunggu lagi lama tunggu turn untuk interview. lepas tu aku siap bangun duduk jenguk sana sini bosan menunggu. yang ada sorang je lelaki tengah jawab exam lagi susah aku nampak sebab ada gambar need to explain. nampak ramai yang keluar sekejap sekejap dekat kawasan luar kilang untuk minum air, situ pun ramai mamat jepun macam macam nama yamamato, tamaki, apa lagi aku pun dah lupa. jumpa sorang akak nak interview jugak dah ada pengalaman jadi supervisor. sakit kepala banyak yang akak ni cerita. aku dah start takut. berat je kerja ni. sampai turn aku. masuk bilik meeting ada sorang interviewer manager kat situ sempoi je tapi di sebalik tu tegas weh. soalannya

introduce self.
kenapa nak manufacturing supervisor bukan pada chemical.
kenapa ibiden should hire you.
describe final year project.
how you want to start without the senior around you because supervisor should know everything.
transport. house.
what are you looking for the company.
what do you understand about electrolysis.

dan banyak lagi tapi dah lupa. dalam banyak banyak yang ditanya paling bodoh sekali aku jawab untuk soalan nombor lima kat atas. memang tak tahu nak jawab apa. last last aku jawap i have no idea. manager tu macam erkkk no idea? you are fresh grad you cannot say no idea. you should show you as a fresh. you should come out with your idea. takut gila bila dia cakap macam tuh. at the end aku jawap i will ask operator. you sure operator will tell you if you ask them. yes i believe they will cooperate with me. manager tu senyum je. rasa bodoh giler jawab macam tuh. malu.

last sebagai penutup dia tanya what your first impression about me in this interview. nak jawab tegas tapi tak dapat fikir tegas dalam english apa. last last jawab you are friendly. macam bongok je. lepas habis terus balik hotel. penat.

bila balik check email nak sambung master ump dah approve. dah dapat offer letter. tapi sekarang tak tahu nak apa sebenarnya. nak kerja or nak belajar or nak cikgu yang belum pasti. keliru. semoga aku buat keputusan yang tepat.






ada orang tu kata kita memilih kerja how dare you!


assalamualaikum