Nov 30, 2011

assalamualaikum


besok kelas yang sejam itu cancel. dengan kata lainnya tak ada. makanya boleh berileks rileksan di sini. oh nooo! banayk lagi kerja. cikgu pergi conference. mungkin hanya andaian. muka satu satu orang di kelas tadi semuanya control control buat buat serius. owh tak ada kelas sepertinya kecewa. yang hakikatnya hati masing masing melonjak lonjak kesukaan kegembiraan. sepertinya  aku juga sama. yahooooo dan hoorayyy. boleh siapkan apa yang patut. apa yang tersangkut di tengah jalan.


maka aku nya berileks rileksan di malam hari dengan tonton itu movie. kerjanya berderet deret setia menunggu penuh pengharapan der. mata lama tak tengok movie der. dari 5 bintang boleh bagi 2. tak perlu nak berbintang bagai kan. dan tak perlu juga berdiscussan tentang muvie. hati janji malam ini saja. sebelum itu gigih juga meriviewkan literature review untuk task proposal production biodiesel yang tak sudah sudah. masa berlari terlalu pantas sepertinya perlumbaan larian pecut.

dan sekarang juga gigih cari tempat LI untuk praktikal tak lama lagi. tahun depan maksudnya. nak pilih tempat dah satu kerja. bukanya memilih tapi yang sebenarnya tak mahu berenggang dengan negeri terhebat dan juga teratak usang yang penuh kasih sayang. berbunga bunga main. lagi lagi nak tempat yang jaraknya tak jauh dari rumah. makanya kalau belakang rumah pun hati tak kisah. masalah kilang mana yang ada belakang rumah. yang adanya hanya pokok pokok hijau. tak ada kilang kilang yang memikat hati. kilang bawang, kilang ais, kilang stokin. itu banyak.

itu pun perlu fikir. fikir itu fikir ini. semua nya kena fikir. itulah hidup yang namanya kehidupan sejagat kan. hakhakhak


dan godek godek folder picture. teringat kat satu budak keding satu budak gebok. makanya jadi dua budak comel.


tak ada apa dah nak conteng kat cini. jadinya selamat malam. eh tak sekarang dah satu enam belas minit pagi. so here selamat pagi.

stay tune eberibadi!

p/s : thanks kawan.

Nov 29, 2011

rasa hari ini #


hari ini,  
hari penuh dengan rasa yang tak best 
hati tak menentu 

hari ini juga pergi kelas macam biasa  

hari ini juga  
hati seorang kawan luka kerana aku  
hati seorang kawan terasa kerana aku
tanpa aku sedar  
tanpa aku sengaja  
hati meyesal, 
hati rasa bersalah  

hari ini juga   
tengok markah test terpampang di pintu bilik  
penuh dengan kecewa yang tak sudah  
berjalan balik dengan penuh rasa kecewa 
juga penuh tanda tanya  
ahhhh apa aku buat tika test itu hari 
terasa sepertinya bodoh  

kenapa jadinya begini  
sepertinya yang lain juga belajar  
aku juga sama belajar  
kenapa nasib tak selalu menyebelahi aku  
mungkin bukan rezeki lagi

tapi sampai bila  
terasa sepertinya putus asa 
.......... 


p/s : to her : sory sangat sangat! aku tak sengaja

Nov 25, 2011

Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain.  What we need most.
ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?
p/s : fikir2kan.

u.t.o.p.i.a

 


terima kasih Tuhan

lega. alhamdulillah. syukur padaNya.

setelah berminggu minggu bertungkus lumus siapkan reactor design. yang orang lain buat tak sampai pun berminggu minggu. ahhh biasa budak baru nak belajar. memang macam tu ambik masa yang agak lama. buat itu, jem ini. buat ini, jem itu.


satu design reactor dah siap. yang sebelum ini cukup buat hati resah gelisah tak ketahuan hala.
makan pikir projek. kenapa aku punya weight dapat besar gedabak. macam mana nak betulkan sampai dapat logik. itu yang aku pikir. nak tido lagi pikir itu. dalam kelas lecturer membebel kat depan, aku masih termenung. pikir itu juga. do something juga terpikir itu.


pergi jumpa lecturer then suruh guna software. tapi hakikatnya aku tak tahu nak guna itu sebab tak pernah belajar sebelum ni. tekun tanya orang itu orang ini. tapi yang tahu nya tak ramai. dan tadi syukur, Tuhan pertemukan aku dengan orang yang boleh membantu. reactor design ciap!


tersenyum lagi.

terima kasih Tuhan.

Nov 23, 2011

belajar dari semuanya

baca ayat ni terkesima. lantas hati teringat cerita cinta mati satu tika tak lama dulu.

lantas hati terfikir ada betulnya

hari ini kau buat aku. hari ini kau buat aku nangis. hari ini kau nampak aku macam longkang. jangan terkejut if one day nanti. kau yang nangis.orang buat kau.masa itu akan tiba.

dan aku selalu ingat dia 
makin ingin lupa makin jadi ingat

and bila ingat tentang dia. keep on mind that. you dont need her/him anymore..


"Go on now
go walk out the door

just turn around now 'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye???""







kau yang pernah melukakan hati. lihat aku yang tetap gagah berlari. maaf. kaki mu terlalu kecil. tak cukup untuk buat aku mati!!!!

terbaca semua ini di satu blog. ada betulnya kata itu.




dan aku pasrah.


tak guna untuk ingat semuanya. hidup terlalu singkat.
belajar untuk lupakan semua
mulakan hari hari mendatang dengan sesuatu yang penuh makna.right


p/s : aku  manusia biasa yang punya hati dan rasa. sama macam yang lain lain dan juga kau. semuanya.

hidup

assalamualaikum

masa tak pernah terhenti. dan masa bagi aku tak pernah cukup. masa terlalu pantas berjalan bagi aku. lately banyak giler kerja. assignmnet bergelimpangan minta diberi perhatian dan dibelai dengan cukup lembut dan cukup indah. hyperbola sama sekali. hakhakhak.


projek plus plus yang tak sudah sudah. tadi kuiz unit operation tapi macam  hampeh! end of this week perlu hantar task projek by chapter. dah cukup resah dengan semuanya! dah cukup penat dengan semuanya! senyum pun lagi tak mampu.


sekali sekala terpikir untuk cakap kat mak
mak,
akak tak nak belajar dah
akak nak berenti belajar
belajar susah bukan senang
akak nak duk rumah je
boleh tak mak
akak nak kawen...macam gatal.hahahaha.tak la.yang ni tipu je.


siyes belajar ni susah
cukup buat aku stress tahap kritikal
tapi hati masih tahu sabar

biasa
tekanan itu tekanan ini
adalah lumrah hidup
tak namanya hidup kalau tak ada masalah kan
tak namanya belajar kalau tak susah kan
kan kan kan


yakin,
Tuhan itu ada
Tuhan sentiasa bersama
Tuhan tak kan pernah uji hambaNya diluar kemampuan
pohon Tuhan permudahkan semuanya


dan cepatlah habis sem ni!

Nov 15, 2011

hati yang telah lama jauh

harini satu hari,gua nak kecoh sebab tak ada kelas. lompat patpolohpatkali ok! riang ria.ini student bila tak ada kelas suka hati gelak sakan. ohh sangat tak baik. ok takpe ini namanya dunia remaja,dunia belajar. baru la indah mahu di kenang bila saat usia dah mula lanjut dimasa depan. oh tak ada kaitan.

tadi aku sempat.oh nak guna gua la.

tadi gua gelak gelak sakan sama dia di kotak chat. sangat tak sangka ketemu disitu dan ditegur sapa sapaan di situ. lu tegur gua, gua rasa macam nak jerit satu alam.

lu tegur gua semata mahu ungkap satu kata maaf?

gua memang gelak sakan tapi itu luaran. sebab hati gua kuat,kuat macam, macam apa apa lah!

hati yang merasa sakitnya itu hati yang satu ini. lu nampak selesa dengan semua kata yang lu ungkap.tapi hati gua rasa gundah gulana. ahhh sampai sekarang gua tak mampu untuk katakan maaf itu kerana kata itu bukan semudah yang gua rasa.

gua tahu maaf itu perlu dalam hidup. hati gua belum bersedia untuk katakan ya atau tidak. gua sendiri tak pasti dengan hati sendiri. lu jangan risau gua tak marah sama lu, gua pasrah semuanya. Tuhan itu adil. mungkin lu bukan yang terbaik.


dulu lu cinta mati gua.ahh persetankan dengan cinta!semuanya kosong. hanya tahu berkata kata tanpa maksud apa apa.


gua benci lu ke? biar hati gua yang tahu. lu mungkin bukan sapa sapa bagi gua sekarang. mungkin ini lu anggap kasar. tak perlu nak sensitif bagai. banyak yang benda lagi yang boleh disensitifkan! mungkin lu, gua ingat sampai bila bila. lu banyak ajar gua tentang banyak perkara. mungkin. gua tahu mana boleh gua anggap baik mana boleh gua anggap tak. ahhhh tiba tiba gua teringat cerita lama dulu. cerita yang palsu semata yang gua rasa indah dulunya. cerita yang penuh dengan kata kosong semuanya! peduli lah! pengalaman mengajar gua sepenuhnya.

terima kasih untuk hari ni, lu tegur gua setelah sekian lama. gua bukan sengaja tak reply lu tapi gua punya banyak sebab musabah gua berdiam diri.

gua disini doakan kebahagiaan lu.
dan gua harap lu juga begitu.




menangis banyak hari ini dan sebelumya,mengharapkan senyuman yang banyak pada keesokkannya. pandai tak aku bermadah :)


till then, i'm always be ok! grrrrrr

be ok!


I just want to be ok, be ok, be ok
I just want to be ok today
I just want to be ok, be ok, be ok
I just want to be ok today

I just want to feel today, feel today, feel today
I just want to feel something today
I just want to feel today, feel today, feel today
I just want to feel something today

I just want to know today, know today, know today
I just want to know something today
I just want to know today, know today, know today
Know that maybe I will be ok

reactor sizing, catalyst, diameter, rate reaction, pressure drop, oh sudah lupa!
review biodiesel production, apa mau tulis!

p/s : layan sebentar

Nov 12, 2011

renung renung wahai hati yang satu


A smile
is 
a curve 
    that can straighten out a lot of things.

p/s : kusut masai tercari cari nilai entalphy. oh entalphy di mana kau sayang!

Nov 10, 2011

hari ini, kau juga hebat

You make we wanna say I do I do I do do do...lalalala


tengok telepun jap.oh satu nombor tak kenal terpampang hebat di skrin yang juga hebat. terkejut.
sape lak ni weh. hahaha. just kidding. kenal la itu dan tahu sapa itu. seorang yang hebat juga kiranya. mungkin.


walau dengan pertanyaan khabar. cukup buat aku tersenyum sendiri. tapi tapi dan tapi hati takut sebenarnya. miss miss miss me miss you la. eh tak la. gurau semata mata. diam seribu bahasa itu bersebab. hati mesti kuat walau aku kadang nya seperti anak kecik yang menangis. menangis bila mengingatkan sesuatu yang lepas.oh merepek sudah.

kau masih ingat rupanya pada seorang yang kau tinggalkan kasih.
pada seorang yang kau tinggalkan sayang.
pada seorang yang kau tinggalkan segalanya selepas kau katakan semuanya.
oh terima kasih untuk semua.

kau buat apa sekarang.kau macam mana. kau sihat ke. oh tak perlulah nak tahu segala. dan tak ingin pun nak tahu.

eh yeke hati.


hmmmmmmmmmmm.............semoga kau gembira selalu. dan juga bahagia selalu.selalu dan selalu.

I am me


LIFE'S CHALLENGES ARE NOT SUPPOSED  TO PARALYZED YOU, 

THEY'RE SUPPOSED TO HELP YOU DISCOVER

'WHO YOU ARE'


Nov 4, 2011

esok balik!

semalam



kita terlebih rajin. rajin tahap giler babang. hakhakhak.

kita main selak selak. selak selak buku weh. buku engineering kita yang lepas lepas. kita main buka buka file file lama.



lepas tu kita jumpa satu gambar kecik. lama kita termenung. nak je kita koyak tu. tapi kita rasa kita tak sampai hati la.



biar la duduk kat dalam tu diam diam. kita janji dengan hati kita. sampai satu masa nanti bila hati kita dah sampai hati. kita koyak jadi cebisan kecik kecik. hancur hancur. lepas tu kita buang ok.



dah la weh berkita kita an. janggal je rasa. kuikuikui



chill :)

tajuk tak berkait langsung  :] jom sok balik terengganu!

Nov 3, 2011

dot dot dot.........

pressure!pressure!pressure! apa pressure pressure ni weh......

gua tengah mentelaah menda alah ni,chemical reaction engineering. apa jadahla orang yang cipta segala equation yang complicated giler.ok tenung lama lama itu equation. cuba pahami. damn.nak combine pun tergedek gedek. macam mana boleh jadi itu.eh macam mana pulak jadi macam ni.ok ni yang aku rasa. mechanism. site balance decay rate law. first order. second order. diffusion bulk to surface. oh apa tu.


oh petang tadi.aku makan nasi ayam yang sedap. nasi ayam pasar malam paling sedap yang aku pernah suap. tapi semestinya lah nasi ayam mak aku tetap nombor satu sedap. kuikuikui. mungkin mak cik tu buat dengan penuh kasih sayang. mungkin. sebab tu lah sedap giler.kan kan. orang cakap kalau masak dengan penuh kasih sayang,masakan tu jadi sedap giler. best giler. terbaik. ok stop stop.


tadi juga lepas test electric. terbaik la. mantap. sebaliknya.


sekarang sedang menikmati enaknya minum dan telan dan rasa secawan radix saat pressure tahap tak terkata. hakhakhak. bikin mata buka sebesar alam cuba pahami segala jadah equation tertera di buku engineering. sebab esok hari kritikal aku. ni jadahnya study last minute. rasakan. lepas tu bebas. ok giler tak sabar hati mahu menari nari terlebih excited. dan tak sabar juga nak balik terengganu. terengganu lagi. cuti seminggu. yeaaaaayyyyyyyyyyyyy!

ok bui. kita nak study lagi. harap bukan studo la!

^--------------------^