Sep 23, 2012

random #8



malas
kerja banyak tapi masih boleh kata tak bertimbun lagi lah
cerita panjang yakni journal untuk plant design aku masih tak dapat cari
psm juga 
aku yang tak pandai cari
atau
sememangnya susah nak dapat untuk tajuk tuh
yakni aku sebenarnya malas
taip tajuk journal dan simpan dulu
buka another tab explore menda alah lain
so??


aku punya penyakit malas masih tak boleh dibuang,
tak dapat diusir jauh
aku masih boleh relaks, cool, makan tanpa henti dengan bersahajanya
kawan aku cakap pipi nampak temban
itu yang tak mahu dengar sebenarnya
tapi diri aku tak sedar
tangan bergerak selongkar makanan

jom kumpul rajin banyak banyak
cari journal
jom tanamkan niat berhentikan hobi makan


xoxo





Sep 21, 2012

random #7



bosan
tak ada orang hujung minggu ni
yang ada hanyalah aku
punya kerja tapi malas tuh susah mahu dibuang

kuetiaw goreng, milo panas jadi santapan aku sekarang
aku sekarang macam pelahap makannya
hahaha


random #6


assalamualaikum
selamat hari jumaat, penghulu segala hari


so hari ni almost settle
borrowing apparatus
approval kebenaran tempat untuk conduct eksperiment
minggu depan insyaAllah akan dapat tempat
carbon dioxide cylinder pun dah dapat approval
tinggal mass flow meter
tak ada yang sesuai
jadi kena tunggu deal dengan supplier

dan tadi kan, i've meet another one of jurutera pengajar at lab
terkejut when she said that diethanolamine is carcinogenic and mutagenic
so tadi lah baru aku tahu both of genic genic tuh sebenarnya cancer
tapi nasib baiklah is not avalaible,
tapi still bahaya sebab aku guna gas carbon dioxide, takut terinhaled
ke hape
i'm worried of it ok!

dan harap semoga semuanya dipermudahkan dan tak ada benda tak elok yang jadi
dengan izinNya


tajuk plant design dah dapat:
production of sodium styrene sulfonat



xoxo









Sep 20, 2012

rindu






rindu rindu rindu

hidup





aku kan suka merungut, merungut bila letih fikirkan sesuatu
bila letih berbuat sesuatu
tapi aku tahu sembunyikan
aku rasakan hidup ni sukar
banyak benda perlu fikir, perlu selesaikan
kadang tu aku rasa serabut dah fikir tu fikir ni
tapi aku masih tahu mengawalnya

kadang tu aku rasa aku ni pelik
aku tengok orang lain hidup macam tak ada masalah. kosong
tapi aku termenung sana termenung sini
itu dah jadi tabiat aku
orang bercakap pun aku boleh termenung
aku ni kan selamba
aku buat apa yang aku rasa betul,
tapi aku ni kadang terasa lurus bendul jugak,
sikitlah....hahaha

tapi sekurangnya aku punya keluarga, punya sahabat
yang banyak
yang sentiasa dengan aku
dah nama pun hidup kan
bukan hidup namanya tanpa masalah
setiap masalah mesti ada penyelesaiannya kan

sejak dua mejak ni kan
adalah orang tuh selalu contact aku
contact semula
tapi kan dia macam tak faham
atau buat buat tak faham
aku pun terasa kekonfiusannya

entah dia macam tak ada apa pun
macam tak ada apa yang jadi
lepas apa yang jadi dulu
yang pastinya memang tak ada rasa langsung
sayang tu dah lama hilang
kadang tuh rasa meluat
kerana aku rasakan dia hanyalah berdrama dengan aku

maaf seandainya kata ini nampak kasar
seperlunya dia tahu, permainannya dulu juga kasar
semua tu banyak ajar hidup aku
terasa aku bodoh
semua tu dah lepas
its nothing
so go on la, dah lama dah bangun
hehehe
sebab aku rasa bahagia akan muncul satu ketika nanti, amin...


lepas tinggal boleh tegur tegur macam tuh, euwwww tolongla............. xoxo







Sep 17, 2012

psm



semester 7 dah pun bermula last week. a final year student, totally a senior. risau psm dan plant design.

after rest lima hari, makan tido makan tido jalan keluar sekali, kira ok lah kurang sikit kebosanan disini. sikit je.

hajat nak balik rumah tak termakbul disebabkan nak settle psm, jumpa supervisor last week discuss about the experiment  that will be carry out this semester. so scary. tough. nervous. semua ada. conduct experiment sorang sorang. so memang kena berdikari lah. semua buat sorang sorang. jumpa supervisor. jumpa jp. isi form tu form ni. pergi situ pergi sini. calculate tu calculate ni. semua sorang sorang.

rabu ni training alat untuk eksperimen. guna tiga concentration berbeza dengan dua CO2 flow rate berbeza. untuk satu concentration tiga kali repeat. will be 18 days to finish the experiment. satu eksperimen akan ambik masa 6 hours. memang bertapa kat lab setiap rabu khamis jumaat.

last akan guna software mathlab tuk characterize the system.

harap semuanya akan berjalan lancar dan Allah permudahkan semuanya.

................................................................


apa adanya rindu



kalau siti bercerita perihal karakter baru dalam hidupnya, aku juga sama...
aku rindu time berpraktikal di loji air Kepong, under SATU mula mula 3 bulan tu rasa lamanya, tiap hari tengok jam lambatnya 4.30 sebab tak sabar nak balik... sebab time tu aku berempat je ke loji lagi satu sebab separate, dua perempuan dua lelaki... masa tu memang tak rapat pun, cakap cakap biase je, sepatah ditanya sepatah dijawap, hari hari aku tengok si salwa, si salwa tengok aku...masing masing boring tahap babang tak tahu nak buat apa.

hinggalah masuk awal julai, dua student baru masuk dari usm, perempuan, muda setahun dari aku...dan yeayyy mula mula malu malu...dan esoknya mula terserlah kegilaan masing masing, aku dan salwa jumpa dah teman satu kepala mas ngan azwa...seminggu lepas tuh ada lagi sorang baru masuk, perempuan izni namanya. pun tak sama umur, tua dari aku, tapi orangnya kecik molek. dan dia diarah ke loji sama aku. first time tengok dia, baik budak ni, bejurusss
tapi lama lama dia juga satu kepala. yeayyy. jadi kami berenam di situ, abg man ihsan mas azwa salwa izni juga aku.

hari hari tugas rutin harian kami test air, dah nama pun praktikal di sy air, jadi semuanya berkait air. masuk lab pagi pagi malu malu sebab kena lalu bilik operator. diam. bila masuk je lab, ketawa gelak bukan main. test airnya sorang, yang lain jadi observer. rutin lain juga stalk blog juga fb orang, pantang tengok orang cantik, mesti kata edit je tu..........hahaha, tiap hari mesti ada cerita rekaan semata mata tapi layan je.

semua benda kita kongsi, kita cerita kita semua dengar give and take. sambil buat kerja sambil gosip. yang penting kerja siap. makan juga sama sama, kami semua baik dengan sorang budak ni,dia cleaner kat situ, kami anggap dia kawan. rapat. juga anak sv kita. dia baik, lembut je orangnya. sehari sebelum last, kami bertiga dijemput makan di rumah bos. mula mula malu, rumah sv dekat, so pergi jalan kaki je, sambil jalan sambil cakap seganla pergi makan rumah bos, tapi kaki tak henti jalan. sampai sampai wah banyak makanan isteri sv sedia untuk kami. kami panggil umi. sambil makan sambil cakap malu la umi. *muka blushing.

pekerja juga sv semua baik belaka. super sporting. banyak benda belajar masa praktikal. proses rawatan air, calculate dosage, macam mana set up dosage chemical, eksperimen banyak lagi la.

hari last jamuan raya super best,banyak gambar.rindu...................................





                                                                                xoxo