Sep 17, 2012

apa adanya rindu



kalau siti bercerita perihal karakter baru dalam hidupnya, aku juga sama...
aku rindu time berpraktikal di loji air Kepong, under SATU mula mula 3 bulan tu rasa lamanya, tiap hari tengok jam lambatnya 4.30 sebab tak sabar nak balik... sebab time tu aku berempat je ke loji lagi satu sebab separate, dua perempuan dua lelaki... masa tu memang tak rapat pun, cakap cakap biase je, sepatah ditanya sepatah dijawap, hari hari aku tengok si salwa, si salwa tengok aku...masing masing boring tahap babang tak tahu nak buat apa.

hinggalah masuk awal julai, dua student baru masuk dari usm, perempuan, muda setahun dari aku...dan yeayyy mula mula malu malu...dan esoknya mula terserlah kegilaan masing masing, aku dan salwa jumpa dah teman satu kepala mas ngan azwa...seminggu lepas tuh ada lagi sorang baru masuk, perempuan izni namanya. pun tak sama umur, tua dari aku, tapi orangnya kecik molek. dan dia diarah ke loji sama aku. first time tengok dia, baik budak ni, bejurusss
tapi lama lama dia juga satu kepala. yeayyy. jadi kami berenam di situ, abg man ihsan mas azwa salwa izni juga aku.

hari hari tugas rutin harian kami test air, dah nama pun praktikal di sy air, jadi semuanya berkait air. masuk lab pagi pagi malu malu sebab kena lalu bilik operator. diam. bila masuk je lab, ketawa gelak bukan main. test airnya sorang, yang lain jadi observer. rutin lain juga stalk blog juga fb orang, pantang tengok orang cantik, mesti kata edit je tu..........hahaha, tiap hari mesti ada cerita rekaan semata mata tapi layan je.

semua benda kita kongsi, kita cerita kita semua dengar give and take. sambil buat kerja sambil gosip. yang penting kerja siap. makan juga sama sama, kami semua baik dengan sorang budak ni,dia cleaner kat situ, kami anggap dia kawan. rapat. juga anak sv kita. dia baik, lembut je orangnya. sehari sebelum last, kami bertiga dijemput makan di rumah bos. mula mula malu, rumah sv dekat, so pergi jalan kaki je, sambil jalan sambil cakap seganla pergi makan rumah bos, tapi kaki tak henti jalan. sampai sampai wah banyak makanan isteri sv sedia untuk kami. kami panggil umi. sambil makan sambil cakap malu la umi. *muka blushing.

pekerja juga sv semua baik belaka. super sporting. banyak benda belajar masa praktikal. proses rawatan air, calculate dosage, macam mana set up dosage chemical, eksperimen banyak lagi la.

hari last jamuan raya super best,banyak gambar.rindu...................................





                                                                                xoxo