Mar 24, 2013

random #23



test opm
PD
oral lab
assignment opm
assignment membrane
test membrane

risau risau risau
semoga dipermudahkan semua



lagi seminggu nak cuti midsem :)


Mar 19, 2013

random #22




hari ni lepas kelas laju laju naik fakulti. tanyakan reactor design. pressure drop boleh abai atau tak.
selama ni ingatkan reactor aku pbr. tapi bila multiphase sepatutnye slurry reactor. reactor jenis ni memang kami tak belajar.

1. pressure drop sepatutnya ada kalau guna pbr. kamu punya multiphase. sepatutnya slurry reactor. tapi memang tak ada dalam syllabus. study guna cd dalam buku. nanti discuss kalau kamu tak faham. ok.

2. kita siap print lagi pasal slurry reactor. kita nak baca baca sebab kita takut la dah la tak pernah belajar.

3. madam cakap kamu ni dah semester dua tapi masih lambat. tak tepati masa. masalahnya BUKAN KITA.

4. nanti next meeting come out dengan progress masing masing. ok.

5. kita rasa nak marah orang. tapi kita sabar.

6. kita dapat kueh qasidah kawan kita bawak dari rumah. terima kasih :)

7. kita puasa kita nak coconut shake tapi kita dapat coklat shake. tak ape lah. syukur.

8. kita dapat souvenir dari as, penyu yang comel pakai spek mata. hahaha cute je. terima kasih ye as.

9. kita teman roomate kita nak pergi pejabat pos tadi. sama sama tunggu bas bukan main lama. kita balik sampai kat pagar hostel bas lalu. kita dah sabar setengah jam ngan roomate kita tunggu bas tau.

10. ada orang cakap kita kurus masa tunggu bas tadi. sukanya kita. kita tak tahulah auta ke fakta. mungkin sebab kita pakai baju kurung. nampak kurus. 

11. esok kita ada ee lab. kita tak nak pergi boleh.

12. esok kita ada kelas membrane. kita takut ada kuiz tapi kita malas nak study. kita study secoet je.

13. kita sekarang kuat tidur. walaupun banyak kerja. juga kuat makan.

14. semoga boleh design reactor dengan jayanya. amin.






Mar 14, 2013

random #21


design. design. design. reactor oh reactor. dari tadi aku dok belek buku CRE. banyak sangat rule. tak tahu den nak ikut yang mana. isothermal reactor punya design lain. pbr punya design lain. general lain. pressure drop lain. catalyst design lain. atas meja penuh buku. buka buka tapi tak tahu yang mana satu. ahhh wa cakap wa keliru. esok wa mahu jumpa lecturer. wa rasa mahu buang ini buku.


tadi aku bilang sama fatin aku tersilap kos. aku menyesal. tapi fatin cakap tak baik menyesal. ini rezeki aku dalam bidang ni. nak termenangis aku kat kelas tadi. tapi aku pandai control. malu je hal gini pun nak nangis. ini buktinya jiwa wa jiwa lembut. tapi ada orang cakap wa hati degil. tapi lembut dan degil aku bertempat.







Mar 12, 2013

random #20





perempuan. garang. emo. itu ke aku. entah. hari ni aku rasa teruk. jadi marah. jadi emo. tapi sungguh aku tak ingin pun.

 


Mar 11, 2013

random #19




kita nak pergi holiday kat pulau tapi kita tak dapat permission ngan mak kita. kita dah habis berangan dah. sedeh. kita rasa nak makan macam macam la. kita nak big apple. kita nak pizza. kita nak kfc. kita nak segala macam kek. kita puasa hari ni. nafsu2.

kita sedeh tapi tak pelah kita ikut cakap mak kita.



Mar 9, 2013

random #18





hari ni kita keluar. jalan jalan. janji sama hati, juga sama kawan. tak mahu beli mana mana baju. dah banyak baju rasanya. mak kita selalu cakap baju banyak tak pakai nanti baju menangis sebab kita tak pakai dia. tapi nafsu sama sekali tak boleh ditahan bila tengok baju cantik. menawan lagi tertawan. kan kan kan. wahai perempuan dah nama perempuan kita sama la kan. akhirnya terambil juga. hehehe.

lepas tu kita keluar dari kedai tu. kita jalan lagi. kita jumpa lagi baju yang dah lama kita nak. smart. warna dia cantik. tapi kali ni nafsu berjaya ditahan. kita tak beli pun. sedih.

apa pun perempuan memang macam ni kan. suka shopping tak tentu arah. kata diri sendiri. nak cari laki banyak duet lah. hahaha. erkkkkk. gurau. :)

Mar 3, 2013

random #17



khamis lalu balik kampung lagi, baru je dua minggu stay hostel, dah balik lagi :)
tengahari tadi selamat sampai sini. balik hujung minggu je. entahlah kita rindu kat rumah lah, kita rindu mak kita, kita rindu anak sedara dua tuh.

sekarang minggu ketiga. plant design masih ditempat yang sama. tadi baru ada discussion. lepas ni mohlah kita bergerak gerak yer. jangan malas.


sebenarnya kan kita sedih sebab mak kita mula mula bagi kita pergi holiday kat pulau, tetiba pagi tadi before balik sini. mak kita cakap tak bagi pulak sebab sekarang musim hujan. musim cuaca tak elok. tapi kita nak pergi. anak sedara kita siap ejek ejek lagi padan muka kena marah. kita termenung je tadi. tapi nanti kita nak pujuk lah mak kita kasi kita pergi, Insyaallah tak ada apa.


kita nak bagitahu pasal nak sambung belajar kat luar pun kita tak bagi tahu lagi. kita tak tahu nak cakap macam mana. kita takut mak kita tak kasi lah.

kita kan tiba tiba rasa macam tak nak pergi dinner nanti 20hb something. macam malas. macam tak ada mood dah.


malam ni kan kita rajin lah nak tempek tempek bedak dekat muka. sambil dengar lagu kau yang bernama seri. ha hambek kauuu!!ni semua berpunca dari rapid tadi ni. hahaha.


xoxo