Mar 3, 2013

random #17



khamis lalu balik kampung lagi, baru je dua minggu stay hostel, dah balik lagi :)
tengahari tadi selamat sampai sini. balik hujung minggu je. entahlah kita rindu kat rumah lah, kita rindu mak kita, kita rindu anak sedara dua tuh.

sekarang minggu ketiga. plant design masih ditempat yang sama. tadi baru ada discussion. lepas ni mohlah kita bergerak gerak yer. jangan malas.


sebenarnya kan kita sedih sebab mak kita mula mula bagi kita pergi holiday kat pulau, tetiba pagi tadi before balik sini. mak kita cakap tak bagi pulak sebab sekarang musim hujan. musim cuaca tak elok. tapi kita nak pergi. anak sedara kita siap ejek ejek lagi padan muka kena marah. kita termenung je tadi. tapi nanti kita nak pujuk lah mak kita kasi kita pergi, Insyaallah tak ada apa.


kita nak bagitahu pasal nak sambung belajar kat luar pun kita tak bagi tahu lagi. kita tak tahu nak cakap macam mana. kita takut mak kita tak kasi lah.

kita kan tiba tiba rasa macam tak nak pergi dinner nanti 20hb something. macam malas. macam tak ada mood dah.


malam ni kan kita rajin lah nak tempek tempek bedak dekat muka. sambil dengar lagu kau yang bernama seri. ha hambek kauuu!!ni semua berpunca dari rapid tadi ni. hahaha.


xoxo