Aug 25, 2013

random #24



dah lama tak tulis kat sini

assalamualaikum..hehehe

sekarang aku hanya di rumah makan tidur makan tidur. eh tak la kite kerja jugak cleaner tapi kat rumah jelah kadang tuh ada jugak jadi chef yang tak bertauliah sampingan je. alhamdulillah 19jun hari tu aku habis exam makanya tamat lah belajar di ump. tapi aku ada ikut kursus oil and gas di ump untuk tiga hari menghabiskan sisa sisa di ump. sedeh. 30jun kalau tak silap aku pulang ke terengganu.

bermulalah job hunting. sebenarnya dah lama dah hunting job. hahaha. before habis belajar lagi. before start exam lagi aku dah pulung send resume sana sini. aishhhhh. before exam aku ada pergi OGA exhibition di KLCC. dan waktu aku di hentian Rnr Sepah di genting, aku dapat call dari company di Penang kalau tak silap. itulah first interview yang aku dapat untuk position laboratory analyst macam chemist la kot. tapi sayangnya aku tak pergi. setelah dihitung tambah bahagi bagai aku terpaksa tolak sebab atas sebab sebab tertentu termasuklah tak tahu nak stay mana, dengan sorang sorangnya, lepas tuh masa macam tak sesuai sebab time tuh kami dekat u tengah busy busy nak kena siapkan report untuk plant design dan date submit time tuh jugak. so aku tolak. think positive mungkin ada rezeki di tempat lain.

after habis belajar. aku dapat panggilan dari company Jururubcoil sdn bhd dan Gomedic Sdn bhd. satu di klang dan satu lagi di port klang bagi position chemical engineer dan chemist. Interview di Jururubcoil sangatlah tak best. boleh pulak main best tak best kan. satu soalan pun tak sama dengan soalan yang biasa ditanya. dah dekat nak pergi baru lah aku tahu company ni lain dari lain yang mana banyak buruknya yang aku dengar. aku pun rasa tak seronok sangat nak pergi bila dah tahu macam tu tapi pergi jugak sebab dah beli tiket. company ni macam supply equipment. yang interview nya chinese, garang. grouping interview. soalannya seingat aku introduce tu memang tak ada. different between chemist, chemical engineer and mechanical engineer. bagi lima jenis pump dan valve tapi yang biasa biasa macam rotary centrifugal tak nak. hahaha. application macam mana aircond berfungsi dan kereta berfungsi tapi dari aspek chemical engineering. hahaha.

kebetulan aku dapat satu lagi interview di port klang di gomedic sdb bhd. kebetulan lagi interview hari yang sama. alang alang pergi je dua dua. interview tu kalau tak silap 8julai kot. interview di gomedic sdn bhd ni sangatlah sporting. time aku sampai disambut pekerja kat situ. terharu. baik dan dia ada bagi tips untuk interview tuh. ada dua panel chinese. sangat sangat baik dan cepat mesra. company ni company biodiesel di hujung pelabuhan sikit lagi nak masuk west port. time interview macam biasa lah ada introduce yourself, then seingat aku ada tiga jenis minyak dalam macam conical flask kot siap tertulis nama minyak setiap botol tuh. then mereka tanyalah minyak apa minyak apa. aku pun tanpa berfikir panjang aku cakap lah seperti yang tertulis di botol botol tuh. after interview barulah terfikir ke diorang nak test aku. hahaha. lantaklah dah habis dah interview. expected salary pun ada tanya. lagi adalah soalannya tapi aku dah tak ingat dah. then dia tanya aku bolehkah kerja shift sebab chemist kat situ ada shift. jadi aku iyakan saja. yes i can. lepas tuh lagi dia ada tanya pasal transport sebab company tu jauh so dia risau kalau tak ada transport. lagi adalah dua tiga soalan lagi tapi aku dah tak ingat sangat dah sebab dah lama. then dia bagi aku peluang tanya soalan kat diorang. aku pun bla bla bla.........lagi satu company ni perempuan dalam dua tiga orang je kot yang lain semua lelaki.

then after balik interview tuh aku dapat panggilan dari fakulti kimia ump untuk interview 12julai elpion silicon sdn bhd. interview tuh di ump 30 students. interview ni masuk berlima tiga panel, dua chinese satu indian hr. soalan pun simple simple je. setiap orang lain soalan. soalan berdasarkan resume. introduce yourself tu wajib ada. then time aku diorang ada tanya pasal latihan industri, equipment yang aku guna time psm aku. itu je kot seingat aku. dia nak tengok cara communicate kot. yang ni aku memang dapat feedback memang tak dapat lah. yang dapat budak chinese kawan aku. chinese nak chinese jugak kan. hahaha. yang dua lagi tak dapat feedback tapi anggaplah tak dapat. hahaha.

then minggu lepas aku ada dapat satu lagi interview di shah alam untuk position service and sales engineer. yang ni pun aku terpaksa tolak atas sebab sebab tertentu. tak ada tempat nak stay. hahaha. sayang sebab orang yang call tu bersungguh suruh pergi walaupun aku cakap aku sekarang tengah buat license jadi tak tahu bila siap diorang pun nak immediately. dia cakap nak ambik orang dalam awal bulan sembilan. so dia suruh je aku pergi. tapi aku tak pergi pun. tak pelah InsyaAllah ada rezeki lain. amin.
 

walaupun sebenarnya rasa dah give up nak apply kerja. adalah sekali sekala terpikir nak sambung belajar ke tak. aku bab bab buka journal ni malas dah. hahaha. sampai kan satu masa tuh aku cuma tengok je kerja kosong tapi tak apply pun. hahaha. naseblah fenemona tuh sekejap je back to normal aku apply balik semula kerja. hahaha. think positive mungkin Allah dah aturkan yang terbaik.


sekarang ni aku tengah buat lesen kereta untuk yang kedua kalinya. umo 23 baru nak buat. InsyaAllah selamanya dah. mak aiii susah belajar kereta ni, hari hari kena kata dengan cikgu tak fokus gopoh lah tak ambik cakna macam macam. tapi kita sengeh je walaupun hati ni macam nak menangis dah....

dan hari ni jugak hari lahir kita yang ke 23. selamat hari lahir untuk empunya diri. semoga empunya diri dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dapat kerja cepat cepat, bertemu jodoh cepat cepat jugak lah hehehe, berjaya dunia dan akhirat dan satu lagi semoga lulus ujian kereta dengan jpj. hehehe.


assalamualaikum