Nov 30, 2011

assalamualaikum


besok kelas yang sejam itu cancel. dengan kata lainnya tak ada. makanya boleh berileks rileksan di sini. oh nooo! banayk lagi kerja. cikgu pergi conference. mungkin hanya andaian. muka satu satu orang di kelas tadi semuanya control control buat buat serius. owh tak ada kelas sepertinya kecewa. yang hakikatnya hati masing masing melonjak lonjak kesukaan kegembiraan. sepertinya  aku juga sama. yahooooo dan hoorayyy. boleh siapkan apa yang patut. apa yang tersangkut di tengah jalan.


maka aku nya berileks rileksan di malam hari dengan tonton itu movie. kerjanya berderet deret setia menunggu penuh pengharapan der. mata lama tak tengok movie der. dari 5 bintang boleh bagi 2. tak perlu nak berbintang bagai kan. dan tak perlu juga berdiscussan tentang muvie. hati janji malam ini saja. sebelum itu gigih juga meriviewkan literature review untuk task proposal production biodiesel yang tak sudah sudah. masa berlari terlalu pantas sepertinya perlumbaan larian pecut.

dan sekarang juga gigih cari tempat LI untuk praktikal tak lama lagi. tahun depan maksudnya. nak pilih tempat dah satu kerja. bukanya memilih tapi yang sebenarnya tak mahu berenggang dengan negeri terhebat dan juga teratak usang yang penuh kasih sayang. berbunga bunga main. lagi lagi nak tempat yang jaraknya tak jauh dari rumah. makanya kalau belakang rumah pun hati tak kisah. masalah kilang mana yang ada belakang rumah. yang adanya hanya pokok pokok hijau. tak ada kilang kilang yang memikat hati. kilang bawang, kilang ais, kilang stokin. itu banyak.

itu pun perlu fikir. fikir itu fikir ini. semua nya kena fikir. itulah hidup yang namanya kehidupan sejagat kan. hakhakhak


dan godek godek folder picture. teringat kat satu budak keding satu budak gebok. makanya jadi dua budak comel.


tak ada apa dah nak conteng kat cini. jadinya selamat malam. eh tak sekarang dah satu enam belas minit pagi. so here selamat pagi.

stay tune eberibadi!

p/s : thanks kawan.

No comments:

Post a Comment