Nov 20, 2013

random #28



hari ni update dua sekali terlebih rajin kan. sekadar untuk suka suka dan jadi ingatan.

aku kan baru kenal dengan sorang ni. aku tak kenal dia pun sebenarnya. dan dia pun tak kenal aku. dia kenal aku dari kawan dia kawan aku jugak. benda ni macam jadi dalam sekelip mata. tak sangka pun. tiba tiba la dia call aku dia cakap nak kenal aku dia memang nak cari teman hidup konon la kan. aku macam terkejut sebab aku tak kenal dia pun. tak caya sangat lah. cukuplah kisah dulu jadi teladan. tapi dia macam baik. dulu kan aku selalu berangan kalau lah ada orang boleh datang pada aku cakap nak jadikan aku teman hidup kan best. ni berangan time stress belajar buat plant design je. bila rasa putus asa pun ada lah datang angan angan ni. hahaha.

lepas tuh kita ni risau la tak ada jodoh ke apa ke kan. ni hot gossip la bila duduk dengan kawan kawan as ct. hehehe. dan aku sentiasa doa supaya Allah mudahkan aku dipertemukan jodoh yang baik.

tapi bila benda ni jadi real, infactnya aku sebenarnya tak terbuka hati pun lagi nak terima benda ni sume. rasa macam takut. tak sedia pun ada. rasa macam nak main main je lagi. aku tengok dia macam serius lah nak cari seorang yang dia boleh jadikan teman. aku pulak macam main main je. aku tak nak bagi orang harapan. banyak kali aku cakap dia cari orang lain sebab aku tak rasa nak benda ni sume lagi. tak bersedia untuk bagi orang rasa sayang atau aku rasa sayang kat orang. aku rasa aku lebih suka hidup macam sebelum ni. tak ada nak mesej mesej. biasa. simple. beribu aku bagi alasan satu kata aku dapat dari dia. kalau hati ikhlas nak kenal orang tuh insyaallah kekal, Allah akan permudahkan. dia nampak serius. Aku macam terpinga. sebab aku baru 23. hehehe.

aku bagi peluang diri aku untuk kenal dia.

Kalau betul dia untuk aku, Engkau dekatkanlah dia denganku, sekiranya dia tidak baik untuk aku, maka Engkau jauhkanlah dia dariku.


Assalamualaikum.