Nov 20, 2013

random #27




Salam

sehingga hari ini 20hb november, aku masih tak kerja kerja tanam anggur sampai ke sudah, ni dah masuk bulan ke 5 aku makan tidur kat rumah. sebenarnya nak sangat kerja walaupun kerja dekat dekat atau pun kerja biasa biasa tapi aku tak ada transport. akak aku bawak kereta pergi kerja, motor aku tak pandai. takut. takkan nak tumpang dia kan. kalau dia outstation aku pun paka tak g kerja la kan. memang tak la kan.

alhamdulillah rezeki aku murah dengan panggilan interview. syukur pada Allah. tapi setiap kali dapat interview ada ja halangan nak pergi. sebenarnya kan lepas aku dah pergi empat interview sekitar shah alam subang and klang. aku xberjaya pun dapat kerja kat situ. aku memang give up sangat. Tuhan je tahu macam mana aku rasa bila mana pergi interview tapi tak dapat. last interview di subang SRI sdn bhd, aku memang tak apply mana mana kerja almost sebulan merajuk kononnya. lepas tu kawan aku banyak la advice aku supaya jangan mudah putus asa. apply lagi insyaallah kalau  dah rezeki tak ke mana kan. dengan kata kata semangat seorang sahabat aku bangun semula after sebulan aku berduka lara. hehe. lepas tuh memang gigih la pagi pagi buka laptop tengok tengok iklan kerja kosong termasuk lah keja guru. hehehe. aku apply je.

alhamdulillah lepas tuh awal bulan ni aku dapat dua interview di HMS Corporation as sale and service engineer lagi satu dekat jb Orin's Advertising Sdn Bhd as marketing officer. dua dua ni aku tak pergi bukan tak nak pergi tapi ada masalah sikit. mak aku tak kasi lah kalau pergi interview dengan teksi sorang sorang. aku pun akur demi menjaga hati di sekililing aku. sedih sampai menangis setiap kali dapat interview tak dapat pergi. keluarga aku macam tak support sangat bila aku cakap aku nak kerja. ada ja masalah. tak ada nak bagi semangat ke apa ke. ni yang buat aku sedih. Tuhan je tahu. aku harap sangat mak aku boleh bagi peluang kat aku untuk pergi interview dengan selamat dengan doa dari mak aku sekali ni je. percaya pada Allah insyaallah tak ada apa. dan kalau aku cakap aku dah tak nak mintak kerja lagi putus asa mak aku cakap aku ni macam tak belajar baik tak yah belajar kalau pikir macam tu. sedih bila mak cakap macam tuh. sebab yang sebenarnya aku perlu orang bagi support kat aku bukan dengan kata kata yang mematahkan semnagat aku. tapi tak apalah aku redha. insyaallah nanti ada lah rezeki aku. 


lepas tuh alhamdulillah semalam aku dapat dua interview di Ibiden Electronic Sdn Bhd area bukit minyak penang sebagai manufacturing supervisor satu lagi guru akademik di Ipoh ni yang sepuluh and sebelas aku dapat. sepatutnya jumaat dan sabtu ni. alhamdulillah aku bersyukur sangat pada Allah. mungkin sebab aku amal dhuha dan hajat. dhuha tu supaya murah rezeki. dan aku rasa dua dua ni pun aku tak pergi sebab tak ada kawan area sana susah sikit nak stay. ni dah masuk enam yang aku tak pergi. sedih bukan kepalang. hati masih boleh sabar lagi. Insyaallah nanti kalau dah memang rezeki dapat la kan.

oh ye aku kan baru tahu, sebelum ni aku asyik tengok jbstreet ja, aku akan apply by email kalau dia ada sertakan email company. baru baru ni aku ada jumpa iklan pasal kerja lah selain jobstreet. ada jobsDB.com dengan Jenjob.com kalau tak silap. aku register sini lah. try try je. dan alhamdulillah yg Ibiden dengan marketing supervisor tu melalui iklan ni lah.

oklah satu je yang aku harap semoga Allah permudahkan urusan aku.
Jika rezeki aku masih di langit, turunkanlah ia kepadaku, jika rezeki aku masih didalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezeki masih jauh, dekatkanlah ia dengan aku dan jika rezeki itu sukar untuk aku terima, berikanlah kemudahan rezeki untuk sampai pada aku.  Amin.

Terima kasih sahabat dan syukur pada Allah.