Feb 20, 2013

random #15



alhamdulillah


semester lepas berakhir dengan presentation final year project psm 2, 22januari 2013. ada tiga panel yang mana dua panel dari universiti lagi satu adalah panel luar. masa untuk pembentangan ada 20 minit dan q&a 10 minit. aku berlatih punya berlatih malam tuh cukup cukup dalam masa 20 minit. aku adalah orang ke 5 present lebih kurang pukul 11lebih. tapi nervous punya pasal, aku banyak tertinggal apa yang aku nak cakap explain. mata  asyik tengok jam telefon tepi laptop takot takot masa tak sampai 20minit. parah. habis lambat explain last 17 minit siap. ok la tuh. sesi q&a aku banyak kena dengan panel universiti. tapi panel luar tak tanya. tak pasti la tak tanya kenapa. tak faham atau tak ada nak tanya. tapi tak apa kira dah lepas aku pun malas nak fikir. yang penting lepas. komen aku cuma dapat satu je.


lepas present kena baiki report based pada komen yang kita dapat. tapi aku tak baiki sangat yang tuh. cuma edit format, spacing semua. semua tu pun ambik masa berhari hari untuk siap. sakit mata lenguh tangan hadap dan check satu satu. habis duet jugak sebab aku print cukup cukup 100ringgit untuk 4 copy belum masuk hardbound. bankrap!!!


selesai semua senyum  boleh balik rumah. yeayyyyy.


rabu lepas result final exam keluar. alhamdulillah. suka dengan tak sama banyak je rasanya, apa yang nak lama dulu tercapai tapi kecewa dengan grade. macam nak double check je. macam jugak bukan lecturer aku ni yang tanda. hahaha. tapi biasalah manusia tak pernah puas kan tapi aku tetap bersyukur.

sehari sebelum balik sini telefon aku jatuh dalam lubang air dalam jamban dekat sekolah adik aku. benciiiii!!


17hb februari balik sini semula. kelakar bile tengok terminal bas kuantan renovate. so semua bas akan berenti dekat kawasan tu macam padang tapi masih bertar. disitu jugak kaunter kaunter menjual tiket bas dibuka. hanya dibawah khemah khemah. haritu dah lah baru lepas hujan. tiba tiba demam. kena jalan pergi cari rapid. bagi aku jauh lah sebab aku bawak beg bukan main berat macam ada batu berketul ketul dalam beg. tu belum bawak segala mak nenek makanan lagi. pertama kali aku balik naik bas sendiri bila sampai kuantan. biasanya kawan aku akan pick up kat sana.


hari pertama semester dapat baucer buku. penyakit tak tahu nak beli apa. dalam kepala nak beli pendrive dengan a4 paper je. hahaha. semester  ni aku cuma ad kelas 3 hari je seminggu tu pun cuma dua jam je khamis ambik bahasa dah lama tinggal. tak ingat apa.


hari ni hari ketiga di minggu pertama di semester terakhir. petang tadi ada talk pasal process equipment design dari orang MTBE. aku banyak lupa plant design 1 aku sebab cuti tiga minggu. hahaha. cuti tiga minggu macam cuti tiga tahun, lupa semua. ak cuma ingat reaction untuk hasilkan ethylene glycol and layout untuk pfd. btw cuti tiga minggu yang lepas aku nikmati sepuas puasnya, kat rumah memang langsung tak buka pd. ini pun rasa masih belum puas kat rumah. kat rumah ada semua, walaupun adik dengan akak aku balik hujung minggu je. tapi kat rumah anak buah datang hari hari. ada mak. boleh makan macam macam hari hari. ahhhh rindu.


sebenarnya sekarang tengah fikir nak sambung master ke tak. kalau dulu rasa macam malas nak sambung. malas nak belajar. susah. tapi sekarang kerja susah nak dapat. belum tentu dapat. usaha ada rezeki insyaallah dapat.  kalau tak, tak kan nak mengganggur. berminat buat master luar negara ,ada lah search serba sikit, biasiswa semua tuh. tapi tak sure keluarga macam mana. setakat ni baru bagitahu kakak. belum bincang dengan mak. jumaat ni ada talk Postgraduate study in UK & How to succeed in IELTS. dengar dulu macam mana. kan kan. 


semoga semester ni dipermudahkan. dan akan bakal menjadi sibuk sesibuk sibuknya untuk final year project plant design 2.