Jun 15, 2011

kau yang tak memberangsangkan

hari ni rata rata kawan kawan aku cakap pasal kau,bukak je fb mesti ada status status pasal kau dan mungkin aku yang lambat tahu dah boleh tengok kau hari ni dengan terang lagi nyata..cepat cepat aku sign in sebab nak tengok kau dan macam biasa lah kau sama je macam yang aku dapat semester lepas..kau tak memberangsangkan aku tapi aku masih tahu bersyukur pada yang Esa..alhamdulilah walau kau tak la tinggi SANGAT itu rezeki aku kerana usaha aku dan aku harus terima kau dengan tekad cuba lagi next sem ok

Macam biasa aku bila dapat kau aku suka fikir yang usaha aku tak berbaloi,aku punyalah pulung habis habisan nak dapatkan kau yang terbaik,tak cukup dengan tu aku doa dan tawakal tapi kadang aku rasa tak payahla aku nak berusaha sangat sebab aku tahu apa yang akan aku dapat tak setimpal dengan apa yang aku usaha kan dan lagi aku terpikir kenapa orang yang tak usaha pun nak dapatkan yang terbaik tapi boleh dapat lagi terbaik dari tu dan orang yang tak pernah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba di muka bumi Allah,even solat pun tak kenapa selalu dapat yang terbaik,aku tak tujukan pada sesiapa tapi ini yang selalu aku fikirkan dan aku pun tak tau kenapa ini yang sering berlegar dalam minda kepala aku ni,dan ustazah aku pernah cakap kat aku satu waktu dulu mungkin Tuhan nak uji kita cuba lagi tanpa perlu berputus asa,Tuhan nak tengok sejauh mana kita mampu nak bersabar dan cuba untuk muhasabah diri kat mana kurangnya usaha dan juga kat mana kurangnya kita dalam beribadat kepadaNya....segala persoalan boleh terjawab apabila kita cuba muhasabah diri dimana silapnya kita..

dan aku cuba untuk muhasabah diri aku dimana silap aku dimana kurangnya aku,masih tercari cari............

1 comment:

  1. sob3.. sedih baca entry nieh.. rasa bnyk pulak silap n kefahaman dlm erti kata usaha dan keputusan.. peringatan yg baik.. xpe.. ada 4 semester lagik bukan..

    ReplyDelete