Jan 10, 2012

tamat sudah, yeayyy, 2012

jong jong inai
mak ipun rajawali
sepak tunggul inai
berdarah ibu kaki
dah dah
ape kelas ko nyanyi lagu budak darjah satu,tapi lagu tulah yang aku dok nyanyi masa kecik kecik dulu
dan lagu tu jugak yang aku ajar anak buah nyanyi...hahaha


assalamualaikum




akhirnya hari ni last paper final exam. alhamdulillah. science engineering material. terkedu terkesima tengok soalan tadi. tapi dah lepas dah pun. first day exam dah kecundang di tengah jalan. bukan tengah jalan tapi suku jalan. nak  cakap betapa betapa. harap faham sudah. second day pun lebih kurang sama. dan hari ni last juga sama. tiga hari exam yang sama empat paper. jadi mana lainnya. bukan tak belajar. belajar itu lebih tapi apa daya soalan susah. tetiba salahkan soalan kan. soalan sila jangan berkecil hati ya. saya yang perlu berkecik hati dengan anda. yayaya.

bebas dari cengkaman final exam tepat duabelas tengahari tadi. hoorayyyy. hoorayyyyy yang harusnya panjang. lepas exam tadi tidur sebolehnya, selenanya, juga seindahnya.


dah tak bertapa dah kat meja study sebab nak study. tapi akan bertapa kat sini layan movie pulak. dah donload banyak movie. hahaha. bahagia habis exam. maka tamat sudah semester lima disini. suka. dan esok tak sabar nak balik. home sweet home. tak sabar nak jumpa dua anak buah. juga kakak kakak sekalian. juga ibu tercinta. semua orang aku nak jumpa. ohh macam tak pernah balik bertahun tahun. biasa excited habis exam memang begini.


habis cerita exam.
sekarang cerita roomate. cerita berpisah air mata berjurai. melebih lebih.

ni nak cerita salam perpisahan. tak nak berpisah boleh. dua tahun lebih bersama berempat. tapi tak lagi semester depan. semester depan diorang dah start praktikal. semester depan tinggal berdua dibilik segi empat yang sebesar alam. argggh pandailah menipu sebesar alam. ada tak bilik segitiga. segi bulat ke. mesti comel kan. hahaha. merepek.

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia


dua tahun juga makan bersama sama. celebrate hari jadi juga bersama sama walau sekali. bercakap itu ini bersama sama. meluah itu ini bersama sama. termengata orang juga sama sama. kuikuikui. dua tahun lebih ini lalui bersama sama. pahit manis hidup tika mencari sedikit sebanyak ilmu. dah tahu dah perangai masing masing. and sure lepas ni bilik sunyi la tanpa suara terpekik terlolong sana sini. sunyi tanpa gurauan.



 



and sure after this will miss both of you for each moment that we have together 
and we spend together for the two years and half. 
and sorry kalau tertouching sana sini. 
biasa manusia tak lepas dari silap. 
hehehe



habis pasal kat atas.

selamat tahun baru 2012 walaupun dah sepuloh hari berlalu. tahun baru tahun ni sambut dengan exam. memang best tahap mengada ngada. tahun pun baru kan jadi haruslah baru. baru dengan buku baru. simpan cerita lama. cerita silam yang menyakitkan hati seribu kali sakit. haruslah simpan sejauhnya. tak perlu pandang pandang jeling jeling belakang lagi. jangan dikenang kenang cerita lama. jadikan tu sebagai pengajaran hidup. tak perlu nak percaya pada orang sangat. nanti sendiri yang sakit.

open a new chapter and move on. semoga urusan mendatang dipermudahkan olehNya.


dan besok yeayy balik terengganu. jom packing packing jom... ^--^

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment