Dec 22, 2012

random #11





19disember

tau tak sengsaranya hidup bila waktu tidur tak cukup. tidurnya hanya dua tiga jam satu malam. tau tak letihnya badan bila discussion sampai 4 6 pagi. bila migrain sampai nangis nangis time waktu kritikal untuk siapkan report. tau tak serabutnya bila macam macam benda nak kene buat dalam waktu terdekat. tau tak kecewanya bila time dekat baru nak bagitahu semua yang perlu dibuat. betapa stressnya bila yang kita buat dah banyak, tapi supervisor masih cakap nak details lagi sampai kesudah.


teruknya bila hidup cukup letih, otak pikirkan kerja yang belum siap, tau tak rasanya bila mandi bersabunkan badan dengan pencuci muka tanpa sedar, bila keluar bilik pergi kelas tapi berdiri lama tanpa tahu arah tuju ke mana sebenarnya. tau tak rasanya bila kamu tertinggi suara dengan kawan sendiri yang rapat tanpa sengaja sehinggakan kawan kamu menangis kerana terasa hati dengan kamu. tau tak rasanya bila orang tegur kamu tak sihat ke, kamu letih ke, kamu tension ke. tau tak rasanya apa bila sv sendiri cakap kamu kenapa muka nampak sangat letih. teruk.


berhari hari gigih siapkan report plant design ethylene glycol sampai ke pagi. chapter one, material balance, energy balance, process flow diagram, run aspen plus. pertama kali kira material balance tapi tak balance, kira lagi dan lagi. energy balance perlu kira setiap equipment satu per satu. waktu tidur hanya dua, tiga jam satu hari. discussion malam sampai ke pagi. mulut letih merungut. tarikh submit report 19hb, rabu dan hari tu juga test process control and instrumentation lab 3 petang dan hari tu juga kuiz polymer paginya. jam dua petang aku masih lagi edit menda alah tuh. pertama kalinya datang test dan kuiz tanpa apa ilmu. kosong. rata rata pergi test tanpa belajar. tengahari sibuk pergi fotostate kan nota sebagai toyol untuk dibawa ke kelas test. tapi aku takut mahu buka. dan aku meniru orang sebelah, kiri kanan aku ada toyol. hahaha. jawab yang termampu. teruknya hidup.



dan petang tu adalah last untuk hantar report pada coordinator. petang tu juga budak group gigih printkan tiga copy report untuk dihantar pada coordinator. dan malangnya supervisor kami tiada. dan coordinator tak terima tanpa approval dari sv dan coordinator bagi chance untuk hantar esok hari untuk dapatkan tandatangan approval dari supervisor. 


20hbdisember

esok paginya baru tahu yang sv sedang cuti. aku dan fong gigih jumpa coordinator untuk submit walaupun tiada approval dan alhamdulillah selesai submit plant design report walaupun dengan pending status disebabkan supervisor kami bercuti. report submitted tanpa tandatangan approval dari supervisor. makanya aku dan fong pada hari submit report dileteri cordinator plant design, and he said ada group yang tak dapat present disebabkan tiada tandatangan approval pada report oleh supervisor group and mark will be deduct. dan tak akan bertanggungjawab jika ada timbul masalah kemudian hari. jadi kami survive 50/50. alhamdulillah sv inform akan approve sebaik kembali bekerja. cerita final year student chemical engineering yang tak pernah aku rasa betapa huru haranya hidup.


petang tu juga ada meeting dengan supervisor projek satu lagi, psm untuk tunjukkan result analysis FTIR. alhamdulillah result tu diterima dan sv ada ajar macam mana nak buat result dulu before masukkan data guna mathlab.dan petang tu rasa heavennya. beli makan macam macam. tidur awal setelah sekian lama. sungguh aku penat sebenarnya. yang aku mahu adalah rehat secukupnya. petang tu juga baru berkesempatan bercakap dengan mak. sunggu aku rindu dengar suara tu sampai aku menagis. malu.


21disember

semalam ada test environment engineering. aku banyak lupa yang aku belajar. susah. susah. susah.


22disember

masih di lab run experiment. malas.

minggu depan dah study week. 26disember presentation plant design. 2 dan 14januari paper final exam. 23januari presentation fyp psm.



hari hari tengok kalendar bila nak balik. hanya mampu tengok orang tarik beg tapi tak mampu nk tarik beg sendiri. sedih.

dan tau tak bodohnya bila menangis kerana rindu waktu dulu.



assalamualaikum