Jan 13, 2014

random #36



randomly


1. runsing memikirkan duet yang laju mengalir macam air. duit lima puluh hengget cepat je hilang, kadang pergi kedai beli barang seciput je dalam plastik, tapi 50hengget lesap. grrrrrrrr


2. aku dapat dua offer untuk continue study satu ump satu utm. utm master of environmental engineering. tengok subjek minat. mix modes. tapi tak ada orang nak hantar nanti pergi. jadi decide pergi ump. ini pun nanti pergi sorang. tak ada orang nak hantar dah sekarang. semua kena berdikari. pity me.


3. pergi klinik nak buat medical checkup. tanya tanya bayaran dua ratus lebih. urine test. blood test. tang blood tu paling takut. siap tanya ambil darah dekat hujung jari je kan. rupanya dekat lengan pun kena. tak nak boleh.


4. next week dah nak masuk belajar balik. kawan aku cakap kenapa tak nak cari kerja lagi sekarang. kenapa  decide nak belajar. sekarang dapat kerja tolak, lepas tu nak belajar. nanti habis belajar kalau tak dapat cari kerja. nak kawin ke....muahahaha. boleh apa tak salah kalau jodoh datang.


5. laptop problem. pergi kedai suruh baiki. balik rumah hampeh macam tak baiki je. same. melayang duit dua puluh lima hengget.


6. dua minggu lepas pergi ump untuk settle kan borang pengesahan maklumat mybrain. jumpa lecturer. supervisor psm dulu. she looks very nice. at the end sv cakap awak kuat berdrama tahun 2013, drama queen 2013 dahla tak pergi konvo, lepas tu dapat kerja tolak. tak cakap kat saya pun. saya boleh tolong.


7. hidup makin lama makin sedihlah


8. suka tengok kawan kawan yang dah kerja. nampak matang. happy for them. bila turn aku. ruginya tolak yang hari tu. sampai sekarang terasa bahangnya. sebab aku usaha keras nak dapat. semuanya ikut keluarga.


9. bila dah dekat ni kadang rasa excited nak belajar semula. kadang rasa tak nampak jalan je sambung belajar. sebab hati nak kerja.


10. nak pergi mana mana selalu harapkan orang. orang sedaplah cakap pung pang pung pang tapi tak rasa apa kita rasa.


11. scan document untuk mybrain problem. leceh. scan kecikkan merge compress buatlah sampai jadi. sampai rasa nyampah nak buat. takkan senang senang je orang nak bagi sepuluh ribu kan jadi nak tak nak kena buat jugak.


12. kita berangan nak beli kereta ni. hahaha.


13. harap nanti dapat roomate dan classmate baru yang baik lagi awesome. eh mokcik kata classmate diorang sama besar je nanti aku masuk, aku lah paling kecik. harap lah ada lagi orang yang lagi kecik dari aku dalam kelas nanti. hahaha.


14. enam bulan dirumah dah pandai masak. kalau bab buat pastri tak jadi. pernah buat pai. keras boleh baling baling. hahaha.


15. nanti belajar ada subjek yang lagi advanced dari degree dulu macam advanced chemical reaction engineering. cre degree dulu tak terror dan tak suka. nanti bila dah belajar advanced ni tak tahulah. semoga tak nyampah. hahaha.


16. rindu dengan geng gmnk dulu. as ct ika dila lin shema pah fatin.


17. nanti mesti rindu dengan cinonet dua orang kat rumah. anak sedara kesayangan.


18. sekarang sangat sensitif. tengok cerita melayu pun boleh nangis nangis. macam semalam tengok olong. padahal part sedih sikit. aku yang lebih lebih. hahaha.


19. dah lama tak jenguk nenek. nenek tapi panggil mok. rindu.


20. barang belum packing mesti muat satu luggage je yang tak berapa nak besar. jadi aku pakai konsep bawak satu beg nanti lama lama beg beranak ranak. hahaha.


cukup twenty. xoxo.