Oct 14, 2011

semuanya tentang itu dan ini

assalamualaikum

aku dah mula baca buku yang beli tempoh hari.banyak yang ajar aku supaya sabar bila hadapi ujian hidup.tak perlu untuk ingat masa lalu.tak perlu untuk mencari kesedihan kerana semua itu hanyalah sia sia.dan satu benda yang aku pegang.Allah sentiasa bersama kita,berdoalah padaNya memohon diringankan segala kesusahan dan kesedihan.dan satu yang aku belajar.Allah tak pernah ambil sesuatu dari kita tetapi Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.kita sebagai hambaNya perlu bersyukur atas itu.

dan aku manusia yang suka merungut bila susah itu susah ini.dan itu aku mula belajar untuk jadi kuat. semoga Dia permudahkan segalanya...

dan ini yang aku belajar dari pembacaan itu,semoga itu dapat mendorong hidup aku

1. 'masa lalu yang sudah berlalu dan selesai,tenggelam lah dia seperti tenggelamnya matahari. Aku tidak akan menangisi kepergiannya dan dia tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatinya.Dia sudah meninggalkan aku,maka dia pergi jangan kembali lagi'

2. hari ini 'kepunyaan saya' merupakan ungkapan yang paling indah dalam 'kamus kebahagiaan', kamus bagi mereka yang ingin menikmati hidup paling indah dan menyeronokkan.

3. jangan kita cuba untuk menjadi seperti seseorang yang lain kerana ketahuilah bahawa diri kita merupakan sesuatu yang lain.unik.tidak ada seorang pun yang menyerupai kita dalam catatan sejarah hidup ini, dan tidak akan ada seorang pun yang akan menyerupai kita sampai bila bila pun.

4. sesuatu yang terjadi pada diri kita untuk sesuatu kesusahan atau kesenangan itu telah pun tercatat mengikut qada dan qadar.dan kita perlu ingat bahawa selepas lapar ada kenyangnya,selepas puas ada kepuasannya,selepas berjaga malam adanya tidur yang lena dan selepas kesakitan itu ada kesembuhannya.Tiap yang hilang itu pasti ditemui,dalam kesesatan adanya petunjuk,dalam kesusahan ada kemudahan dan selepas kegelapan akan munculnya sinar terang.

5. sebesar mana pun masalah yang kita hadapi,tetaplah bersabar.kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama kesabaran,jalan keluar datang bersama kesusahan.dan dalam tiap kesusahan itu pasti datang kemudahan.

esok presentation lagi!penat!tak baik merungut.hmmmm

:)


No comments:

Post a Comment