Mar 19, 2012

itu ini dan begitu begini..



assalamualaikum


hari yang panjang.... hari penuh segala macam macam.
tadi juga kuiz, ohh gua tengok nota. bukan satu benda yang baik realitinya. tapi aku buat jugak. dah memang aku tak ingat dan segala law dah bertukar bercampur aduk bergoreng dalam kuali.
sepertinya mau buat inti popia. kubis, carrot, tauge, campur campur goreng. eh sedap lah. ko tau popia. ahhh kalau tak tahu memang tak tahu nak cakap weh.
jauhnya ko merempek!

tadi juga puasa tapi boleh tak kita lupa kita puasa, sedapnya blueberry cheese tart...bukan lupa main main. aishhhh


tadi juga aku follow up balik LI yang aku dah hantar lama dulu.
ni satu tempat aku dah pun hantar lama since akhir tahun lepas. dah call tadi mulanya encek tu cakap, surat kamu tak ada kat sini.
aku pun ooohhhh tapi saya dah hantar lama, takkan tak sampai, alamat betul kan encek.
hati mula menyirap panas sebab yang aku tunggu lama rupanya surat tak ada pun dekat company.
mula nak salahkan pejabat pos dan tak lupa pada abang posmen.
ok takpe tunggu saya check balik sekali lagi. kalau ada saya call kamu semula.
dapat call surat tu ada baru jumpa, nampak sangat lah kan tempatnya dicorot corot kan. tapi belum send pada ibu pejabat di KL. lagi sekali macam nak marah. dah lama kot hantar. tapi sape lah kita kan nak marah company kan. kan kan. hahaha
then encek tu cakap nanti kamu call pejabat di KL, sebab saya akan send semua resume, surat surat kamu ke KL after ni. ok terima kaseh encek.


dan satu lagi kilang kelapa sawit, yang dah lama aku hantar. bila HR kat sana tanya. kamu ada dapat tempat lain tak. dan dengan jujurnya, dapat satu encek. oh kalau dah ada, kita akan ambik orang lain yang tak dapat lagi. dan aku, ohhhh takpelah encek terima kasih.
memang berharap nak tempat tu. tapi kerana jujurnya diri. langsung melepas.


dan tadi petang juga presentation lab. dah lepas lega. alhamdulillah.

petang tadi berbuka puasa dengan nasi goreng serta sosej.
nasi goreng yang lembek dan mahal tak padan dengan sedapnya. ahhhh lagi sedap nasi goreng yang aku buat sendiri walaupun hanya nasi goreng biasa yang dicampur semua jadahnya.
walaupun kakak aku cakap nasi apa nih! pelik semacam. tapi yang pelik itu lagi sedap lagi marvellous dari nasi goreng cafe! fullstop

seharusnya bersyukur dengan apa yang ada. kan :)


mulakan hari esok dengan secawan kopi  ^-^
semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan sebelumnya.
assalamualaikum.