Jul 3, 2014

trip ke yogyakarta part I



assalamualaikum

blog updated! sebelas hari hati dan jiwa di yogyakarta. hahaha



hari satu

sekarang aku dah pun di malaysia. actually trip ni adalah trip belajar sambil jejalan. tapi jejalan tu lebih kot. trip ni dalam sebelas hari yang mana mula mula aku rasa cepatlah masa berlalu nak balik malaysia siap countdown hari bagai betapa nak balik nya. hahaha. kitorang pergi dalam lapan orang, enam perempuan dua lelaki start 16hb jun till 27hb jun. tau tak betapa lamanya tunggu 27hb tu.before pergi aku memang tak nak pergi pun kekonon simpan duit nak beli kereta. konon la kan. tapi nak tak nak kena pergi juga. sebab atas dasar belajar. kitorang pergi 16hb, dari ump ke klia kitorang pergi dengan bas ump. diorang hantarkan. flight semestinya airasia, dalam pukul 3 suku macam tu. masa tempah tiket flight kitorang tak order apa apa makanan pun kononya nak save budget. alah naik flight dalam dua jam setengah dah sampai gerenti tak lapar punya lah. konon la kan. hilang nak save budget beli jugak burger dengan air mineral. melayang duit aku 14 hengget. moralnya sila order makanan ya. hahaha.
klia
tengah panas terik bapak besar klia 2




kekonon bawak buku nak baca


kitorang sampai di yogyakarta adisucipto international airport dalam pukul 6 petang. then dekat sana dah ada orang yang tunggu kami namanya pak budi dan pak agus. pak budi memang orang sana dulunya belajar di ump then sekarang kerjanya memang di sana. orangnya sangat sangat baik. pak agus adalah driver kami selama sebelas hari. baik sangat. van yang kami naik tu tak ada aircond sebenarnya kepanasan tahap maximum rasanya dengan tingkap memang tak boleh buka. kami cakap terus pak agusnya letak aircond. terbaik. malam tu lepas solat, terus ke market belinya simcard phone. simcard nya harga dalam lebih kurang 8ringgit dengan internetnya boleh pakai sampai setahun. speechless kejap. sampai balik pun tak habis internet aku. kalau lah malaysia ada simcard cam gitu riang ria la hidup. murah dan berbaloi baloi. kedai first kami makan di sana adalah ikan bakar gambiran. aku sebenarnya tak leh nak adapt sangat makanan kat sana. aku order nasi goreng seafood dengan air botol sahaja. kenyang alhamudlillah. selesai makan balik homestay di jalan ganeisha, rumah dua tingkat. dan baru aku tahu di indonesia kita tak boleh pakai elektrik sesuka hati buka bebanyak sebab diorang punya elektrik memang terhad. kalau tak akan blackout. dan rumah kami kerap terputus elektrik charge henset sekaligus, powerbank, iron, tv. terbawa bawa habit kat malaysia. hahaha. rumah nya agak selesa tiga bilik, kelengkapan dapur, peti sejuk, aircond dan sebagainya. gitewww.

welcome to yogyakarta adisucipto international airport

hari dua

hari kedua kami ke universiti ahmad dahlan (uad) atas urusan belajar. di sana temui pak budi dan pak mahyudi. ada taklimat berkait industri mocaf di sana. mocaf ni adalah modification of cassava flour dimana mereka berhasrat untuk gantikan tepung trigu iaitu tepung gandum dengan tepung cassava. sebab mereka kaya dengan sumber semulajadi macam ubi.

selpieeee


di Uad dengan pak budi sama pak mahyudi

after taklimat, pak agusnya bawa kami ke pasar beringharjo dan malioboro. pasar ni kira pasar tarikan la. ada tshirt, blouse, macam macam batik, selipar, kechain, freeze magnet, beg. aku beli blouse dengan selipar je kot sebab baru hari kedua. selipar dalam 45ribu boleh dapat empat, dalam 3ringgit lebih satu gila tengok. tahan nafsu ya. kat malioboro sampai ke malam. tapi lupa makan kat mana malam tu.

area pasar malioboro


hari tiga

paginya kami ke universiti ahmad dahlan kampus I ketemu lecturer kami. selesai di situ kami ke borobudur tempat candi candi. kononnya tak nak masuk tapi nak ambil gambar dari luar saja. tapi hampeh tak nampak pun sebab jauh sangat. makanya shopping di sana. banyak orang jual jual kat sana. banyak jugak la aku shopping kat sana sebab murah. tshirt lapan helai boleh 100 ribu dalam 30ringgit. blouse pun murah. rembat lagi satu blouse dengan kain corak. selesai disitu, kami ke je jamuran iaitu salah satu tempat makan famous kat sana. jamur itu maknanya cendawan. semua makanan kat situ berasakan cendawan. ok la. lepas makan balik ke homestay.


pelbagai jenis cendawan


di je jamuran bantai banyak gambar tanpa segan silu