hari empat
kami ke universiti gadjah mada tapi nya tentatif pembelajaran di ugm hari tu cancel, makanya ke breakfast tapi aku lupa apa nama tempat tu yang pastinya makanan spesies soto dan bakso cam gitu. dan aku pilih untuk makan soto. soto tu aku sentuh sikit je sebab memang tak boleh nak masuk tekak. soto di sana tak macam di malaysia. sotonya nasi sebiji sebiji.
|
cam gini rupanya soto macam nasi air kan |
lepas je breakfast kami ke industry biogas. first time ke tempat industri di sana. industri ni di tengah tengah pasar. kau bayangkan di tengah tengah pasar jual segala jenis buah tu tetiba ada plant buat biogas. plant ni guna fruit waste dari pasar tu sendiri sebagai raw material.
|
explaination dari Dimas |
|
selesai di situ, kami ke industry biofertilizer. baja diorang guna banyak buah. tomato, bawang merah, nanas sebagai raw material lepas tu blend. macam gitu je. campur campur jadi baja. selesai di situ, pak agus nya bawak kami ke taman sari macam tempat sejarah gitu. taman sari ni tempat bekas taman atau kebun istana keraton yogyakarta. tempat ni terbahagi kepada beberapa bahagian macam masjid tempat mandi dan aku nak cerita panjang pun tak tahu sangat. hahaha. nak masuk kena bayar kalau tak silap 50000 lapan orang kot dalam 15ringgit. kebetulan time pergi tu hujan. kalau nak pakai payung perlu sewa satu payung lima ribu dalam 1.50 duit malaysia. kitorang tak guna payung pun sebab nak naik tempat tuh macam terowong dah ada atap, kalau basah pun sikit ja. 5000 tu besar bagi kitorang. hahaha. ada orang yang guide kami naik atas dan pak cik yang guide kami ni la yang tolong ambil kan fotonya tanpa di minta. :)
|
salah satu gallery yang ada |
|
unik dinding yang di belakang tu sebenarnya daripada kertas |
|
gallery lukisan, certain lukisan yang ada diorang jual |
|
pintu keluar |
|
kalau tak salah ni kolam mandi dulunya |
|
dari luar |
|
salah satu tempat dalam taman sari ni |
|
sini dah ondaway balik
|
ondaway balik, kami lalu satu tempat ni. tempat ni ada dua pokok, setiap orang perlu lalui antara dua pokok ni, kalau orang tu punya hati yang bersih dia akan jalan straight je antara dua pokok tu. kalau orang tu melencong ke lain maknanya hati nya tak bersih. tapi ni kepercayaan diorang je lah. macam macam kan. kat sana terkenal dengan gudek. gudek ni masakan nangka. tapi aku takboleh nak telan la. dan kat bawah ni kulit sapi.
|
kulit sapi makan sama nasi. |
hari lima
kami ke batik rotowijayan. katanya mahu beli batik. kat sini famous dengan batik la. dan aku pun sempat rembat satu batik, cantik tapi satu je lah sebab kat sini mahal sikit. batik yang aku beli lebih kurang dalam 65000 dalam 19.50.
|
pak cik kat situ tolong ambil fotonya sambil tunggu diorang pilih batik |
|
pak cik kat situ cakap ambil fotonya di sini cantik haha |
|
dalam van pun boleh |
petang kami ke industri nata de soya. kalau di malaysia itu nata nya nata de coco tapi di sana dari lembah tauhu. industry nya seperti di bawah. kecil kecilan aja. tapi pasarannya sudah ke market market sekitar sana. dan ni adalah projek aku perlu buat report dan present bila balik malaysia.
|
kami sama student di sana |
hari enam
kami ke prambanan. bayaran masuk 103500 seorang. panas terik time tu.
|
kain diorang pakaikan melambangkan tradisi |
|
before masuk |
|
kemain |
|
gigih nak bergambar |
hari tujuh
pagi kami ke sunday market. lebih kurang pasar tani kalau di malaysia tapi lagi besar dan ramai gila orang. jalan himpit himpit. after tu ke plaza ambarukmo cuci mata. kat situ pun banyak batik. then petang tu ke pantai parangtritis. makan ikan bakar, air kelapa tapi soda gembira jadi pilihan. haha
|
pantai parangtritis |
|
Subhanallah indah nya time ni dah nak maghrib |