Jul 5, 2014

trip ke yogyakarta part III



hari lapan

kami ke industri mocaf. industri ni di perkampungan diorang buat macam macam produk macam kerepek tempe, jus kordial, buah kering, ak pun xtau panggil apa tapi ada certain tu sedap macam gambil. diorang pasarkan di market sekitar sana.

selesai di situ, pak agusnya bawak kami ke kaliurang sama merapi. sejuk sebab kebetulan time tu baru lepas hujan. tempat ni adalah dulunya perkampungan yang pernah meletusnya gunung berapi tahun 2006. last tahun 2010. katanya empat tahun sekali. dan time aku pergi tu, di celahan batu batu kat situ masih lagi berasap dan panas. tempat ni paling best antara tempat tempat yang kami pergi kat sana. kita boleh pilih sampai mana kita nak pergi ada tiga stage kalau tak silap. then diorang bawak kita nak jip. empat atau lima orang satu jip. stage 3 melawat makam siapa aku tak ingat. tapi kitorang pergi sampai stage 2 ja. seingat aku nak masuk sini bayar seorang dalam 65000 macam tu dan bayaran mengikut stage kot. datang sini silap pakai kain tapi berjaya jugak harungi seribu satu cabaran dan rintangan berbatu batu naik. gitewww.


















hari sembilan

kami ke gembira loka zoo. tempat terakhir. hahaha. bayaran masuk sini aku lupa berapa. kitorang siap tambah duit lagi semata mata nak naik kapal. tapi hampeh kapalnya slow yang amat. tak berbaloi. aku siap tidur lagi. keletihan.



biawak komodo


hari tu ke zoo semata. bapak besar zoo diorang.


hari sepuluh

kami ke universiti gadjah mada ketemui ibu siti. beliau dekan kat sana. kot. discuss tentang projek kitorang biogas, biofertilizer juga nata de soya. melawat kopma iaitu koperasi mahasiswa juga ke pesta buku islamik di sana.  balik rumah pun awal tidur. letih. malam tu pak agus bawak kami ke tempat makan paling best aku rasa sepanjang kat sana. kedai nya agak kecil biasa biasa kalau tengok dari luar tapi makanannya best sedap dan murah. nasi goreng biasa tapi sedap gila. kau bayang makan 9 orang dengan portion besar dalam 15300 lebih kurang 45ringgit.

diskusi sama ibu siti

hari sebelas

hari hari terakhir kami ke malioboro. shopping habis habisan. aku beli tshirt dengan batik lagi tapi tak banyak la sebab dah beli banyak before tu. duit pun dua kali tukar kat sana kesan beli membeli yang terlampau. malam tu closing dinner bersama lecturer di super sambal special. aku tak suka sangat makan kat situ sebab pedas. lol.

closing dinner with dr wan

hari dua belas (last day)

pulang ke malaysia, yeayyy! flight 5.30 petang.


sama pak budi dan pak agus



apa yang aku perhati sepanjang di sana yang bagusnya setiap tempat makan ada tempat solat. tapi tempat wudhuknya terlalu open dan tempat sembahyang pun bercampur dan terbuka antara lelaki dan perempuan. waktu solat kat sana terlalu dekat dan awal berbeza di tempat kita.

bab makanan pulak aku rasa ada yang ok ada yang tak kena dengan tekak aku. kalau makanan di tepi tepi jalan tu aku macam tak berani sangat nak cuba cuba. hahaha.

banyak yang mengajar aku sepanjang di sana. orang kat sana susah. kais pagi makan pagi kais petang makan petang. jual surat khabar di tengah jalanan tu perkara biasa demi mencari sesuap nasi. mengemis di merata tempat. aku masih ingat waktu lepas makan, ada sorang mak cik kendong anak yang dah besar umur dalam belas belas la kot minta derma. jauh disudut hati kesian sangat tapi driver kami cakap kebanyakan ornag yang megemis ni malas kerja sebab tu diorang minta minta duit tak kira di jalanan atau di mana sahaja. dekat sana ada orang yang sukarela jaga parking dan depend pada orang untuk bagi duit sebagai upah atau tak. jika diberi itu rezeki. dan aku bersyukur di lahirkan di malaysia yang serba ada. 

tamat cerita sepanjang di sana. yang pastinya hati pasti merindui jogja, terlalu banyak kenangan bersama sahabat sahabat di sana :)







No comments:

Post a Comment