Sep 7, 2011

aku dan sahabat

assalamualaikum..

semalam aku menangis.hari ini aku gembira.hari ni cukup bermakna buat aku.satu hari kami di sini.makan minum semua di sini.itu aku tak kisah kerana aku rindu dia sahabat aku.satu hari tak cukup untuk aku dan sahabat.lama kami tak bersua.hanya bicara peneman rindu antara dua sahabat aku dan dia.hari ini macam macam kami luahkan.macam macam kami bicarakan.dia sahabat aku sejak hingusan.aku bertuah punya sahabat seperti dia.bila mana aku susah,dia sentiasa ada.sekurangnya aku rasa lega kerana dia ada sebagai teman bicara.

semoga persahabatan antara aku dan sahabat akan kekal sampai bila bila.

'aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku,yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati,ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang,semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka,jika aku dapat,aku ingin setia padanya'....(Iman Syafie)


No comments:

Post a Comment