Sep 7, 2011

semalam

                                                                                                                                           assalamualaikum

semalam aku luah segalanya pada kau.kau buat aku menangis untuk yang ke sekian kalinya.ya aku perempuan yang hati nya keras,yang punya ego tapi aku juga manusia biasa yang punya hati dan rasa.semua yang terbuku aku luahkan.segala persoalan telah terjawab.betapa perit untuk aku terima semua itu.kau tak rasa apa yang aku rasa.kata maaf yang kau tuturkan tak semudah yang aku rasa.rasa aku kecewa yang perit.kecewa satu masa dulu tak seperit kecewa hari ini.kau patut tahu itu mula mula dulu sebelum kau terus mainkan aku.bodohnya aku kerana percayakan kau.kau layan aku baik.kau juga bagi aku segalanya.itu semua hanya sia sia.

ya Tuhan
mengapa aku dikenalkan dengannya
pasti semua ini tersirat satu hikmah
hikmah yang cukup indah
tanpaku sedar

ya Tuhan
kuatkan lah hati aku untuk tempuhi ini semua
kerana aku hanya insan lemah

ya Tuhan 
bukakanlah pintu hati ini
untuk aku memaafkan salah silapnya
kerana aku tak layak untuk menghukumnya
apatah lagi untuk tidak memaafkan
sedangkan Engkau Maha Pengampun
segalanya aku serahkan padaMu ya Tuhan

ingin aku lupa kau.tapi itu mustahil.ingin aku maaf kan segala salah silap kau tapi hati ini belum bersedia.hati kecil ini belum terbuka.hanya pada Allah aku memohon.rasa perit bila ingat semua yang lalu.

aku mula belajar hidup
dengan semua rasa
aku terus melangkah untuk hidup
tak guna untuk terus kecewa di situ
kerana waktu itu masih panjang
kerana perjalanan hidup itu masih jauh
dan aku cuba
belajar untuk menerima dan memaafkan



No comments:

Post a Comment