Dec 24, 2011

selesai sudah

assalamualaikum








alhamdulillah. kenyang dengan segala nikmat yang diberi. baru balik makan sebenarnya. hehehe. hari ini semua dah selesai. syukur padaNya. dua minggu menggila dibilik dengan segala macam kerja. dua minggu juga tidur malamnya dihujung minggu pukul empat lima pagi. pukul empat lima pagi. ini tak tipu.


hari ini juga segala presentation selesai. segala assignmnet juga habis. segala test yang menggilakan aku juga sudah tamat. tinggalnya study week. tapi haruslah berpuas puasan enjoy enjoying dahulu sebelum mula menggila dengan study untuk empat subjek final exam nanti.

tadi last presentation, biodiesel production proposal. dan suka bila dikata good presentation. itu pun nak kecoh ke. dan tadi after presentation. aku,as dan ct ke kedai nasi ayam power. tiga tahun disini tak pernah tahu ada kedai nasi ayam power di sebelah asrama sana. teruk kan. tapi sedihnya jalan punya jalan, kedai tutup.



perut dah lapar gila gara gara presentation. disebabkan perut keroncong tahap babang dah, tengok aiskrim macam best giler. kaler kaler. ada jelly strawberry. ada kacang ada coklat. hati tertarik seribu kali. aiskrim magnolia dan roti sardin jadi pilihan. makan sambil berjalan. sangat tak sopan kan. tapi apa orang kisah kalau perut dah lapar giler kan. apa pun memang tak kisah.


nikmatnya bila makan aiskrim. dan satu kesimpulannya bila makan aiskrim masa lapar boleh melaparkan lagi perut comel.hahaha paham tak paham tak apa aku cakap.try dulu baru paham.kuikuikui. tak cukup aiskrim roti sardin, jalan pergi cafe mencari nasi rutin harian. tapi malangnya semua lauk licin kosong. yang adanya cuma nasi lemak. makan nasi lemak pukul 4 sangat tak best. tapi takpela bedal saje asal dapat makan.kan kan. betol tak betol tak. betol kan.



makan lepas tu tidur selenanya lepas tension berminggu minggu.nikmatnya tak terkata. bahagia. dan tadi juga last test, spanish. main bedal buat essay bahasa spanish. satu jam.

dan semalam presentation projek. alhamdulillah berjalan lancar lagi licin. walaupun ada certain certain main logik tak logik je value. semalam juga gelak habis habisan macam nak gila.pandai kawan aku buat lawak. gelak sampai nangis nangis.


dan hari ni sabtu. dah jam dua pagi. hari yang aku tunggu selepas dua minggu menggila. boleh rehat sepuasnya. boleh tidur dengan selenanya. dan boleh tengok movie sambil makan wafer nestle satu satu dalam laci meja. dah simpan stok dah pun. lalala. dan mulut boleh diam dari merungut banyak kerja. dan boleh senyum sampai telinga.tu tandanya bahagia tanpa beban. kuikuikui

sekarang terasa bahagianya tanpa beban. tak masuk lagi beban beban yang akan menbebankan diri tak lama lagi.



p/s : sem lima dah dipenghujungnya.tak lama lagi sem enam.pendek katanya masa berlalu begitu cepat.
       sayangnya tarik diri untuk pergi site visit 16january nanti,tapi apa mampu buat,terpaksa.
       3january first day on final exam.10january will be the last paper.11january pulang ke terengganu.  
       insyaAllah.
      


semoga Allah permudahkan segala urusan mendatang.
      

No comments:

Post a Comment